Wednesday, May 22, 2013

Nombor Lima Puluh Tujuh : Spring in Seoul [Day 2, Part 2]


hah, lepas pegi Petite France, perjalanan diteruskan ke tempat yang menjadi pujaan peminat k-drama ; Nami Island. Disebabkan dulu aku tak tengok pun Winter Sonata, makanya kurang sikit la feel tu. Dah datang, layankan aje lah.

Kitorang naik bas dari Petite France dan bas stop depan 7-11 berhampiran Gapyeong Wharf ke Nami Island. Turun je bas, sila menghala ke kiri ye anak-anak untuk ke jeti. Kitorang haritu taktau, merayau-rayau cari. Sempat la tengok orang naik zipwire pegi Nami. HAHA

Kaunter tiket. Boleh jugak beli tiket bas balik Seoul kat sini.

Beriya la acik naik feri nak dok kat deck atas tengok view, sekali haaaaa menggeletar wehh! Sejuk gila ditampar angin bayu membawa diriku. Lalu acik pun pose lah amik gambar 5mins kat luar pastu cecepat masuk dalam sebab sejuk melampau.


Tedia jeti Nami Island!

Jejak je Nami, perasaan nak terberon lebih tinggi dari keterujaan sampai Nami. Makanya pegi la settle kan apa yang patut dulu sampai terlupa nak amik gambar entrance bagai. Oh, manusia adalah super ramai masa kitorang sampai.


Pulun berebut nak amik gambaq kat sini, pasaipa pun taktau. Belakang tembok tu macam ada persembahan joget-joget.


Anyeongggg!

Kitorang pulun lah nak amik gambar kat deretan pokok yg pemes tu. Gigih ok klik sana klik sini, padahal jauh ke dalam lagi lokasi sebenar. Jangan lupa rujuk map ya anak-anak. Map boleh didapati kat kaunter information kat area Nami wharf. Map kitorang amik masa kat stesen Cheongpyeong sebelum naik bas.


Map Nami Island. Kalau korang nak cari location Winter Sonata, pegi jejak bahagian yg kotak putih kat map di atas. Klik utk tumbesaran. (map from Google)

Jam 3.30pm, nampak je terik. Tapi menggigil.

Mari fefeeling baca buku kat Nami Island walaupun tak paham.

First Kiss Bridge
Confident je aku ingat belon, bila tengok bebetul rupanya lampu.

Nak piknik ke guling-guling ke, silakan. Luas nih.


Add caption


Sorang kewww bang?~

Oh berdua rupanya..gaduh keww~ *sibuk*

Hah, monument (?) cerita yang jadi pujaan para makcik seketika dahulu.  Kena beratur ok nak amik gambar dengan patung ni. Baru patung, kalau orang? 



The famous Metasequoia Lane.

Menjelang pukul 5pm, aku dah melepet. Ya, demam. Tak cool langsung. Hidung dah start berdarah, mata pedih dan lenguh-lenguh badan. Sumpah tak best langsung. Tapi masih paksa diri untuk berjalan sebab bukan hari-hari boleh datang Nami kann..

Masa ni baru ingat lapar. Jenuh jugak pusing-pusing cari nasik goncang yang pemes tu, tapi tak jumpa. Sobbs. Makanya kitorang settle dengan kedai vege je. Disebabkan aku tak makan sangat sayuran dan tekak pun tak berapa best, aku beli je nasik dekat mart dan makan dengan sambal ikan bilis mak. Kombinasi penat + lapar + sejuk, makanan jadi sedap melampau. Kejap je settle sebungkus ikan bilis.

Kedai ni adik aku cakap kedai vegetarian. Diorang makan udon & pajeon, aku rasa boleh tahan sedap. Ada sederetan kedai dan kedai ni paling hujung.

Selesai makan, boleh dah tu nak bergerak pulang. Sempat beli poskad dari souvenir shop. Oh kalau yang nak kirim poskad, setem boleh didapati di information counter kat Nami Wharf. Pos pun dari situ jugak. Lepas settle everything, makanya it's time to go back. Masa ni windy gila, menggigil lutut aku nak berjalan. Hishh.

Anyeongggg Nami-seom! Till we meet again!
Sampai Gapyeong wharf pun dah pukul 6.30 macam tu kot, memang dah takde bas. Lagi pun memang taknak dah naik bas, horror kot! Kitorang decided untuk tunggu teksi depan 7-11 untuk ke Gapyeong train station. Tambang teksi dalam 5,000KRW untuk 4 orang. Ok lah, sebab share kan.

Sampai Gapyeong, boleh tahan lama la tunggu train. Ke lama sebab station dia pesen open? Sejuk nak mampos! 45mins lepas tu baru train sampai. Elok naik train, hidung aku tetiba jadi sensitif dengan bau. Sungguh aku tak boleh tahan dengan bau tu, aku cakap kat adik then dia kata ada orang makan keropok perisa kimchi. And I was like....erghh! Next station, tukar pegi coach lain then baru ok sikit.

Kitorang sebenarnya agak rushing sebab nak pegi Anguk amik beg yang kitorang tinggalkan kat hostel then nak pindah pegi next hostel kat area Hongik University. Aku dah emailed hostel owner once itinerary aku dah confirm, cakap kat dia yang kitorang check in lambat then nasib baik dia okay. Promise dengan dia nak check in before 10pm, then kitorang sampai 9.55pm. HAHA

This time kitorang stay kat Hostel Hongdae yang aku booked dari Booking.com. Sangat suka sebab bilik bersih dan aku baca review pun ramai cakap ok. Minus point cuma tilam keras, tapi aku takde complaint sangat. Bilik complete dengan bathroom, kitchen & washing machine okay! Acik is suka. Segala periuk/pinggan/ cooking utensils boleh amik kat kitchen tingkat atas dan sabun basuh baju boleh kaut kat terrace tingkat atas for free. (Tips : bawak sabun Taharah untuk Muslim, senang nak cuci periuk ke cooking utensils yang dipinjam dari hostel masa travel)

Images from Google but this is how our room looks like

Check in process was very smooth (dan mamat tu agak comel, only he reminds me of Deris; then he's not HAHA) Dia siap suggest kat mana nak clubbing. Cis. Acik ni dah la demam, boleh pulak suggest gi clubbing. Masuk je bilik, acik is fengsan. Esok pun agak pack jugak. Hurmm..


Nanti sambung k, acik iz busyyy~


No comments: