Nombor Lima Puluh Lapan : [ Roadtrip] #HJNxLMB2013, Hard Rock Cafe Melaka.
Ahad haritu aku join kak Jiggy dgn Zatil ber-roadtrip ke Melakau untuk #HJNxLMB2013. Hahh #HJNxLMB2013 ni adalah sejenis tour 2 local bands, iaitu Hujan dan Love Me Butch. Kebetulan aku free weekend tu, aku pegi je lah walaupun dah beli tiket untuk venue KL nanti.
The tix. Sapa yang beli online, dapat keychain & stickers. Nice! Aku ada 2 keychains. Muahahaha~
View HRC dari tempat menyendol.
Pintu bukak around 4 pm. 1st half start dengan Love Me Butch dulu. Crowd pulak bagi aku just nice. Aku biasa-biasa je dengar Love Me Butch, baru 1st time tengok diorang perform live. Not bad. Tengok sambil minum lemonade cas cas orang kaya padahal masa tu lepas bayar tiket tinggal RM20 je dalam purse. HAHA Agak-agak Hujan dah nak perform, baru kitorang gerak ke depan. Hehe.
Love Me Butch on stage. Sound sedap!
My favorite boys!
2 budak nakai tak reti diam seminit!
Salah percaturan. Show kali ni dia duduk belah kiri pulak! Tskk
Budak nakai tapi baik hati ni. Sapa tau, tau la..
Sejam tu sat sangat, tau dak? Sedar-sedar dah habis show! Playlist best, mujur berjaya kontrol macho dari menangis dengar Kembara dan Kotak Hati. Hehe. Ending show adalah super power bila Hujan featuring Syarul LMB untuk lagu Mana Mungkin. Memang gila best!
Ada meet and greet session lepas show. Saja ja buat fangirl-ing habis, serupa tak pernah jumpa. HAHA. Cuma sedih sikit la ada orang cakap kita sombong, padahal jauh (konon) kita datang nak tengok dia. Hishh.
Lepas show, tak sempat lepak sekali dengan diorang, terus zasss balik sebab Kak Jiggy nak hantar Faeez pegi Putrajaya untuk show Hari Belia pulak.
View dari Masjid Putra
Framing gagal. Fine.
Sampai rumah dalam pukul 12+ tengah malam dan pengsan sebab esoknya kerja. tskk.
Anyways, untuk yang nak tengok level of awesome-ness kita punya local bands (Hujan & Love Me Butch), boleh check out tiket kat Morning Rocket (klik) ok. Masih sempat untuk beli tiket show Terengganu (1/6/2013), Kedah (8/6/2013), Perak (9/6/2013) & KL (16/6/2013). Saya pegi KL punya nanti!
Here's a little something for you guys to look forward from the show :
No comments:
Post a Comment