Wednesday, May 29, 2013

Nombor Lima Puluh Lapan : [ Roadtrip] #HJNxLMB2013, Hard Rock Cafe Melaka.


Ahad haritu aku join kak Jiggy dgn Zatil ber-roadtrip ke Melakau untuk #HJNxLMB2013. Hahh #HJNxLMB2013 ni adalah sejenis tour 2 local bands, iaitu Hujan dan Love Me Butch. Kebetulan aku free weekend tu, aku pegi je lah walaupun dah beli tiket untuk venue KL nanti. 


The tix. Sapa yang beli online, dapat keychain & stickers. Nice! Aku ada 2 keychains. Muahahaha~


View HRC dari tempat menyendol.
 Pintu bukak around 4 pm. 1st half start dengan Love Me Butch dulu. Crowd pulak bagi aku just nice. Aku biasa-biasa je dengar Love Me Butch, baru 1st time tengok diorang perform live. Not bad. Tengok sambil minum lemonade cas cas orang kaya padahal masa tu lepas bayar tiket tinggal RM20 je dalam purse. HAHA  Agak-agak Hujan dah nak perform, baru kitorang gerak ke depan. Hehe.

Love Me Butch on stage. Sound sedap! 

My favorite boys!



2 budak nakai tak reti diam seminit!





Salah percaturan. Show kali ni dia duduk belah kiri pulak! Tskk

Budak nakai tapi baik hati ni. Sapa tau, tau la..
Sejam tu sat sangat, tau dak? Sedar-sedar dah habis show! Playlist best, mujur berjaya kontrol macho dari menangis dengar Kembara dan Kotak Hati. Hehe. Ending show adalah super power bila Hujan featuring Syarul LMB untuk lagu Mana Mungkin. Memang gila best!

Ada meet and greet session lepas show. Saja ja buat fangirl-ing habis, serupa tak pernah jumpa. HAHA. Cuma sedih sikit la ada orang cakap kita sombong, padahal jauh (konon) kita datang nak tengok dia. Hishh.

Lepas show, tak sempat lepak sekali dengan diorang, terus zasss balik sebab Kak Jiggy nak hantar Faeez pegi Putrajaya untuk show Hari Belia pulak.


View dari Masjid Putra

Framing gagal. Fine.


Sampai rumah dalam pukul 12+ tengah malam dan pengsan sebab esoknya kerja. tskk.

Anyways, untuk yang nak tengok level of awesome-ness kita punya local bands (Hujan & Love Me Butch), boleh check out tiket kat Morning Rocket (klik) ok. Masih sempat untuk beli tiket show Terengganu (1/6/2013), Kedah (8/6/2013), Perak (9/6/2013) & KL (16/6/2013). Saya pegi KL punya nanti!


Here's a little something for you guys to look forward from the show :


Wednesday, May 22, 2013

Nombor Lima Puluh Tujuh : Spring in Seoul [Day 2, Part 2]


hah, lepas pegi Petite France, perjalanan diteruskan ke tempat yang menjadi pujaan peminat k-drama ; Nami Island. Disebabkan dulu aku tak tengok pun Winter Sonata, makanya kurang sikit la feel tu. Dah datang, layankan aje lah.

Kitorang naik bas dari Petite France dan bas stop depan 7-11 berhampiran Gapyeong Wharf ke Nami Island. Turun je bas, sila menghala ke kiri ye anak-anak untuk ke jeti. Kitorang haritu taktau, merayau-rayau cari. Sempat la tengok orang naik zipwire pegi Nami. HAHA

Kaunter tiket. Boleh jugak beli tiket bas balik Seoul kat sini.

Beriya la acik naik feri nak dok kat deck atas tengok view, sekali haaaaa menggeletar wehh! Sejuk gila ditampar angin bayu membawa diriku. Lalu acik pun pose lah amik gambar 5mins kat luar pastu cecepat masuk dalam sebab sejuk melampau.


Tedia jeti Nami Island!

Jejak je Nami, perasaan nak terberon lebih tinggi dari keterujaan sampai Nami. Makanya pegi la settle kan apa yang patut dulu sampai terlupa nak amik gambar entrance bagai. Oh, manusia adalah super ramai masa kitorang sampai.


Pulun berebut nak amik gambaq kat sini, pasaipa pun taktau. Belakang tembok tu macam ada persembahan joget-joget.


Anyeongggg!

Kitorang pulun lah nak amik gambar kat deretan pokok yg pemes tu. Gigih ok klik sana klik sini, padahal jauh ke dalam lagi lokasi sebenar. Jangan lupa rujuk map ya anak-anak. Map boleh didapati kat kaunter information kat area Nami wharf. Map kitorang amik masa kat stesen Cheongpyeong sebelum naik bas.


Map Nami Island. Kalau korang nak cari location Winter Sonata, pegi jejak bahagian yg kotak putih kat map di atas. Klik utk tumbesaran. (map from Google)

Jam 3.30pm, nampak je terik. Tapi menggigil.

Mari fefeeling baca buku kat Nami Island walaupun tak paham.

First Kiss Bridge
Confident je aku ingat belon, bila tengok bebetul rupanya lampu.

Nak piknik ke guling-guling ke, silakan. Luas nih.


Add caption


Sorang kewww bang?~

Oh berdua rupanya..gaduh keww~ *sibuk*

Hah, monument (?) cerita yang jadi pujaan para makcik seketika dahulu.  Kena beratur ok nak amik gambar dengan patung ni. Baru patung, kalau orang? 



The famous Metasequoia Lane.

Menjelang pukul 5pm, aku dah melepet. Ya, demam. Tak cool langsung. Hidung dah start berdarah, mata pedih dan lenguh-lenguh badan. Sumpah tak best langsung. Tapi masih paksa diri untuk berjalan sebab bukan hari-hari boleh datang Nami kann..

Masa ni baru ingat lapar. Jenuh jugak pusing-pusing cari nasik goncang yang pemes tu, tapi tak jumpa. Sobbs. Makanya kitorang settle dengan kedai vege je. Disebabkan aku tak makan sangat sayuran dan tekak pun tak berapa best, aku beli je nasik dekat mart dan makan dengan sambal ikan bilis mak. Kombinasi penat + lapar + sejuk, makanan jadi sedap melampau. Kejap je settle sebungkus ikan bilis.

Kedai ni adik aku cakap kedai vegetarian. Diorang makan udon & pajeon, aku rasa boleh tahan sedap. Ada sederetan kedai dan kedai ni paling hujung.

Selesai makan, boleh dah tu nak bergerak pulang. Sempat beli poskad dari souvenir shop. Oh kalau yang nak kirim poskad, setem boleh didapati di information counter kat Nami Wharf. Pos pun dari situ jugak. Lepas settle everything, makanya it's time to go back. Masa ni windy gila, menggigil lutut aku nak berjalan. Hishh.

Anyeongggg Nami-seom! Till we meet again!
Sampai Gapyeong wharf pun dah pukul 6.30 macam tu kot, memang dah takde bas. Lagi pun memang taknak dah naik bas, horror kot! Kitorang decided untuk tunggu teksi depan 7-11 untuk ke Gapyeong train station. Tambang teksi dalam 5,000KRW untuk 4 orang. Ok lah, sebab share kan.

Sampai Gapyeong, boleh tahan lama la tunggu train. Ke lama sebab station dia pesen open? Sejuk nak mampos! 45mins lepas tu baru train sampai. Elok naik train, hidung aku tetiba jadi sensitif dengan bau. Sungguh aku tak boleh tahan dengan bau tu, aku cakap kat adik then dia kata ada orang makan keropok perisa kimchi. And I was like....erghh! Next station, tukar pegi coach lain then baru ok sikit.

Kitorang sebenarnya agak rushing sebab nak pegi Anguk amik beg yang kitorang tinggalkan kat hostel then nak pindah pegi next hostel kat area Hongik University. Aku dah emailed hostel owner once itinerary aku dah confirm, cakap kat dia yang kitorang check in lambat then nasib baik dia okay. Promise dengan dia nak check in before 10pm, then kitorang sampai 9.55pm. HAHA

This time kitorang stay kat Hostel Hongdae yang aku booked dari Booking.com. Sangat suka sebab bilik bersih dan aku baca review pun ramai cakap ok. Minus point cuma tilam keras, tapi aku takde complaint sangat. Bilik complete dengan bathroom, kitchen & washing machine okay! Acik is suka. Segala periuk/pinggan/ cooking utensils boleh amik kat kitchen tingkat atas dan sabun basuh baju boleh kaut kat terrace tingkat atas for free. (Tips : bawak sabun Taharah untuk Muslim, senang nak cuci periuk ke cooking utensils yang dipinjam dari hostel masa travel)

Images from Google but this is how our room looks like

Check in process was very smooth (dan mamat tu agak comel, only he reminds me of Deris; then he's not HAHA) Dia siap suggest kat mana nak clubbing. Cis. Acik ni dah la demam, boleh pulak suggest gi clubbing. Masuk je bilik, acik is fengsan. Esok pun agak pack jugak. Hurmm..


Nanti sambung k, acik iz busyyy~


Tuesday, May 7, 2013

Nombor Lima Puluh Lima : Spring in Seoul, South Korea [ Day 2, Part 1]


..Sambungan dari entri lepas, Spring In Seoul, South Korea Day 1

Bangun pagi dengan penuh kemalasan sebab penat menapak semalam dan diiringi cuaca yang dingin. Sejuk gila baq ang! Tapi best lah haha Kejut-kejut semua orang suruh mandi dan bersiap sebab harini jauh sikit perjalanan. Lepas aku sudah mandi, selisih dengan wife owner hostel kitorang. Dia tanya nak breakfast dah ke atau kejap lagi. Aku cakap hidang je la sekarang sebab kitorang dah nak keluar. Ahjumma tu cakap very minimal English, so okay la sikit.

Then tak lama lepas tu, dia datang bilik kitorang bawak dulang berisi breakfast. Nyamaaannnnn!


Air panas dalam jug, telor goreng, roti bakar, cheese, tea, hot chocolate, coffee, orange juice. Mewah!

Setel breakfast, packing bag sikit sebab nak check-out. Tak mampu le nak stay lebih dari 1 malam kat situ. Bag kitorang tinggal kat hostel tu je, balik nanti baru amik. Easy.

Keluar pun dah around 9am macam tu, consider lambat jugak lah sebab jauh gila perjalanan. Harini kitorang keluar dari bandar Seoul menuju Gyeonggi-do. Jauh gila perjalanan, tak terkira berapa banyak tukar line Subway (over gila). Memang totally bergantung harap kat application subway diorang lah.

Liku-liku perjalanan kitorang haritu HAHA

Hishh gambor tak lawa tapi sumpah view adalah lawa nak bunga baru nak bloom.
Sepanjang perjalanan subway tu, ramai gila ahjummas dgn ahjussis yang nak pegi hiking. Aku pun tak pasti depa nak pegi hiking kat mana tapi PENUH subway dgn diorang je. Tak nampak pulak yang muda-muda. Hishh. Lepas lebih kurang sejam setengah perjalanan, kitorang pun sampai ke Cheongpyeong Station.




Based on apa yang aku study, ada 2 jenis pengangkutan kat area sini, bas dan taxi. Sebab kitorang macam kedekut sikit, kitorang decide nak naik bas je. Sebab murah, KRW5,000 untuk sehari. Hah, betul. Untuk SEHARI. Naik la berapa kali pun, cuma tunjuk tiket je. Setel.

Sampai kat stesen ni, kitorang keluar exit 1 untuk cari information counter (thanks bro Orga for the tips in your blog!) dan tengok schedule bas. Keluar exit 1, information counter kat belah kiri. Amik la segala brochures & pamphlets yang korang nak.


Bus route / schedule

Okay, kalau korang nak start route korang dengan Nami Island, refer table warna hijau tu. Untuk yang macam kitorang, start dengan Petite France, refer table warna oren kat bawah tu.

Sementara tunggu bas sampai, merayau-rayau amik gambar dan masuk mart la macam biasa sebab ada heater. Bas datang awal 5mins, ini sudah bagus!

Omnomnomnom
Lupa pulak nak amik gambar bas. Basnya macam bas rapid kita je lah. But, mind you! Bas diorang TAKDE TINGKAP DAN TAK BUKAK AIRCOND OK! Sumpah rasa nak menyumpah je. Dengan bau lagi, rasa macam nak muntah. 15mins atas bas tu memang sejenis penderitaan untuk aku. Nak cuba tido tapi view lawa sangat. Terlalu lawa sampai terpaksa tahan muntah. Padahal naik bas KL-Pen yang 4jam tu aku takdak hal pun. Hish. Turun je bas depan Petite France tu, memang aku dengan adik laju-laju sapu minyak cap kapak kat leher. Then baru rasa ok sikit.

View dari bus stop
Bonjour! Comment ça va? (Petite France = Little France)
Sampai pun Petite France! Yeah, aku pilih Petite France tak lain dan tak bukan adalah sebab Running Man! Hoho~ Guest untuk episod kt sini adalah Nickhun & Taecyeon. Hiks.

Cuaca adalah sangat awesome, terik dan lagit sangattt lawa! But, masih sejuk. Kebas muka. Tapi kami ok. Hehe.

Perrrrfecttt weather! The sky is so blue and it's windy! 

Nak jugekk kakakaka

The look-out tower. Tempat nametag Giraffe kena rip dgn Nickhun. Hiks.


View from the look-out tower. Breathtaking!

Mural drawings? :p
Masa dok pusing-pusing Petite France ni baru aku sedar yang ada jugak guesthouse kat situ! Alaaa comel gila kot! Tapi rate rasanya haruslah mencekik darah kan. Takpe lah, acik iz redha. Nanti acik pegi France terus lah duduk sana *rebah*

One of the guesthouse. So cute!


Bell of love katanya

Adik beli biskut yang tengah tu. Tak sedap langsung!

It's spring, btw.

Manusia yang ramai sedang menyaksikan mini show kat auditorium ni. Kat sini lah jail Running Man hehehe

Tak dapat jumpa orang, tengok gambaq pun jadi lah kan?
 

Nampak je terik, tapi windy sampai kebas muka!

 
Ada je parking lots, tapi penuh. Sampai depa kena parking tepi jalan. Gila!

Kitorang spent masa lebih kurang 2 jam untuk pusing Petite France ni. Macam tak sempat cover the whole area, tapi boleh lah. Bersyukur betul cuaca sangat elok. Sedap-sedap berjalan..cuma masa ni badan aku dah start rasa tak sedap. Batuk pun dah light-light dan hidung pun start berdarah. Tskk.

Setel Petite France, marilah menunggu bas untuk ke Nami Island! Sekali lagi aku sengsara...tskk


nanti sambung ok hiks!