Wednesday, March 27, 2013

Nombor Lima Puluh : Kundasang [P3]


...sambungan dari entri ini..

Lepas dah setel breakfast, kitorang masih dalam perbincangan nak gerak ke mana. Yeahh, baru nak mereka route. Lepas calling-calling dgn kak Wafa (mekasih kak!), kitorang decided untuk pegi Desa Dairy Farm untuk memenuhkan itinerary Kundasang. So dari Pekan Kundasang, kitorang pun menuju ke Dairy Farm dengan hati yang gembira. Selama ni dok tengok gambar orang je, kali ni pegi sendiri! Dan sungguh tak sangka, mencabar gila woi jalan nak naik situ! Rasa nak nangis press minyak, tapi jalan takat 20km/j je! Punya la steep jalan ke situ. Hishh memang kena bertabah sikit dgn jalan yang steep dan berlubang-lubang nak masuk Dairy Farm.

Nak masuk Dairy Farm kena bayar ok, bukan free! Sorang RM4 as admission fee. Jalan nak masuk ke dalam pun agak sengsara sebab berlubang macam kawah bulan (ok, tak pernah pegi bulan pun). 

Cuaca sejuk dan mendung. Hence, gambar macam kelabu asap sikit Y_Y

Jalan berlopak-lopak

Lelembus keluar breakfast masa kitorang sampai


Yang ketinggalan


Masa kitorang sampai, jemaah lembu tengah bergerak keluar untuk breakfast. Around pukul 10 kalau tak salah lah. Park kereta dan mula melilau lah apa lagi!



Lelembus breakfast berjemaah

Batu belah batu bertangkup yang kira macam landmark la. Eh landmark ke?


Kehijauan

Macam Niujilen takkk? (tanya sebab tak pernah sampai lagi)

Tempat menghabiskan boreh duit beli makanan kasik makan kat anak-anak lelembus
Kat sini boleh kasik makan kat anak-anak lembu. Kena beli aa tapinya. Seikat sayuran hijau dalam RM2 kot kalau tak salah. Aku tumpang amik gambar je. Hiks!

Stegreeeemmmm!

Tempat menyoping. 

FM. Tak beli pun sebab macam takde yang menarik sangat.

Susu cekelat sedap! Tak manis sangat, me loike! RM4/kotak untuk 1/2L


Cuaca mendung dan sejuk. Ke memang mendung je kat sini?

Macam rumah The Hobbit (again, tak pernah pegi Niujilen. Ni agak-agak aku je tskk)

To the next destination

Balik dari Dairy Farm, ingatkan nak ke Ranau tapi...sekali check rupanya minyak kereta tak berapa membantu sangat! Tips : isi la minyak kereta penuh-penuh weh! Route dia lebih kurang macam ni lah : Kota Kinabalu > Likas > Menggatal > Darau > Tuaran > Tamparuli > Kundasang. Last stesen minyak adalah di Tamparuli.

Takpe lah, takde rezeki nak pegi jauh lagi kan. So, proceed ke next destination : Kinabalu Park. Masa kitorang sampai tu, macam dah panas je. Dan dah mula penat. Perjalanan jauh lagi. Singgah Kinabalu Park beli poskad je lah.



Rombongan Che Kiah depan Kinabalu Park


Disebabkan kitorang cuma nak beli poskad DENGAN HARAPAN ADA LA KOT PETI POS, kitorang takyah bayar pun sebab kedai souvenir bebetul kat tepi entrance. Entrance RM3 kot kalau tak salah. Lupa pulak.



Poskad biasa-biasa je, tapi aku beli jugak 3 keping.

Sebelum stress tak jumpa peti pos mahu pun setem

Pose kegemaran Suk Jin kepada Jae Suk (Running Man)





Lepas amik gambar sikit-sikit, kitorang pun bergerak ke destinasi seterusnya. Hah, gila kan itinerary kitorang? Asyik terkejar-kejar je (tapi takde la kejar sangat pun).



Awan yang meriah uols!


Masa otw menghala ke KK, awan sangat meriah ok! Cantik gilos rasa kagum habis. Punya la suka sampai berhenti kat tepi jalan nak amik gambar. Cuaca terik tapi tak panas sangat pun.




Tengok langit tu, tengok entiti tudung hijau buat mende!

Stop kejap amik gambar dulu

Kinabalu Bamboo Cafe


Aku rasa Kinabalu Bamboo Cafe ni sangat coolness! Tapi sebabkan kitorang berdua je, macam tak berani sangat la nak masuk. View memang super awesome baq hangggg!

Selepas habis berasa kagum dgn ciptaan Tuhan, kitorang pun bergerak ke lokasi seterusnya.


..bersambung la nanti, mmkayy?






Thursday, March 21, 2013

Nombor Empat Puluh Sembilan : Kota Kinabalu / Kundasang, Sabah [P2]


..sambungan dari entri sebelumnya.

Malam tu tidur memang nyenyak sangat sebab terlalu penat amazing race dan kena mini heart attack. Pengsan terus. Bangun pagi untuk subuh dalam pukul 5, solat then by 540am kitorang dah gerak ke Kundasang. Hajat di hati nak tengok puncak Kinabalu. Menurut kak Wafa dan pembacaan blog orang lain, puncak cuma kelihatan awal pagi dalam pukul 7am dan petang dalam jam 4.30pm. Selain tu, puncak akan ditutupi awan. Kalau betul-betul bernasib baik dan cuaca elok, tengahari pun boleh nampak lagi. Kitorang nak tengok jugak la kan puncak, sebab nak hiking entah bila~ tskkk!

 Untuk orang buta peta macam aku ni, ada GPS pun banyak lagi tersasar. Hishh! Berpusing-pusing jugak, tapi layan je~ Perjalanan agak smooth, cuma ada roadblock la sebab kes Lahad Datu.

disclaimer : gambar tak berapa nak ikut susunan sangat, maap!

Almost sunrise


Rasa macam dalam movie zombie Y__Y

Haze
Perjalanan ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam dari Kota Kinabalu. Tips : kalau boleh, sewa kereta manual sebab pickup lebih sesuai untuk mukabumi yang berbukit. Kitorang sewa Saga BLM Auto untuk 2 orang. Kalau korang sekumpulan 4 orang, better amik kereta 1.6cc ke atas.

Jalan ke sana sebenarnya kategori scary sebab berbukit kan. Naik bukit turun bukit. Ada masa, kena overtake lori yang sentiasa naik turun. Kitorang bernasib baik haritu sebab takde kes tanah runtuh. Kalau tak, perjalanan lagi lama lah.

Walaupun jalan dia agak menggerunkan, the view is so breathtaking! Subhanallah, sangat cantik ok! Rasa nak berhenti kan kereta tepi jalan amik gambar, tapi ada kereta pulak dok kat belakang. Tskk.


Hah, nampak takkk?


Ultimate favorite : awan gantung. Tak, ini bukan gambar edit. Dan jugak bukan lukisan manusia.

Pekan Nabalu


Gempak gila test bawak kereta guna jalan ni!


Fuhh

The best view ni je lah pun sebenarnya Y_Y

Mungkin bukan rezeki kitorang untuk nampak puncak Kinabalu. Nampak pun dalam perjalanan je lah. Sampai Kundasang dah jam 8am macam tu, kitorang park kereta depan Kinabalu Pine Resort. Memang ditutup kabus/awan yang agak tebal.


Picture doesn't do the justice.




Landscape depan Kinabalu Pine Resort. So pwettyyyyy!
Dah bergambaran sikit (dengan rasa kecewa), kitorang mula la plan nak ke mana lepas pulak lepas tu. Tapi apa-apa hal pun, breakfast harus diutamakan.

Pekan Kundasang macam pekan yang agak koboi, tapi ada KFC uolls! HAHA But KFC is just too mainstream. Ada a few kedai makan Muslim kat situ, so boleh lah~

Sejuk-sejuk ni memang sedap kalau kena makanan bersup. Makanya, kitorang pun order bakso. Ermm bakso dia biasa-biasa je (tapi habis la jugak). Aku order teh lemon, sedapppppp gila! Aku taktau la dia taruk apa, tapi sedap weh! >.<


Tengok bakso dah lah. HAHA

Lepas makan, baru lah molek untuk kita pergi berjalan-jalan meluaskan pemandangan~



Bersambung nanti lah, ok?



ps: dah excited untuk next trip nih hiks!

Monday, March 18, 2013

Nombor Empat Puluh Lapan : Kota Kinabalu, Sabah.

*skip dulu cerita Krabi dan Terengganu sebab gambarajah semua dalam laptop kat rumah. hiks.

Dah 24 tahun hidup di tanah Melayu ni, belum sekali aku jejak kepulauan Borneo. Baru berkesempatan, tu pun tiket beli setahun sebelum trip dengan harga RM100 return. Gila lama kena tunggu, bertabah je la yg mampu. Hiks.

Macam biasa, partner aku harus lah si Adila. Takde orang sanggup kot nak travel macam aku dan dengan aku? Harapnya Adila mampu bersabar. HAHA Sepatutnya trip ni secara trio bersama abang Niujilen kita, tapi terdapat halangan yg tak dapat dielakkan, trip ini jadi trip secara berduet. Belasah saja, yakin boleh!

Jumaat dalam pukul 9am, kitorang gerak ke KL Sentral dan dihantar oleh sepupu Adila. Melilau cari bekalan pagi, then naik bas ke LCCT. Bayaran RM8, bas warna kuning. Sejam lebih jugak nak sampai LCCT. Perjalanan alhamdulillah, smooth. Takde jam sana sini. Sampai LCCT around 11 then lepak sat breakfast. Sengaja sampai awal sebab taknak amazing race. HAHA

Bersyukur sangat flight tak delayed, take off around 1.30pm. Disebabkan ketidakhadiran abang Niujilen, makanya kitorang conquer la seat beliau. Adila siap baring. Haha. 2jam flight layan Running Mana saja lah. Heh.


Hiks!
Flight touch down Terminal 2 (utk Air Asia) around 4pm, then proceed ke imigresen. Yezza, untuk yang pertama kali ke KK macam aku, agak terkejut. Hah, takyah bawak passport pun. Just tunjuk IC then nanti orang tu kasik satu slip. Simpan la slip tu memolek sampai nak balik nanti dia claim balik. Tu arrival slip eh? ke bukan? Entah lah. Sort of arrival card macam yang korang dapat utk international flight.

Sampai je aku terus call Man, ejen kereta sewa yg kitorang dah booking sebelum trip. Dan nak dijadikan cerita, DIA TAK JAWAB CALL AKU. Hah, geram betul. Berpuluh kali call tak jawab, padahal dah confirmkan everything kot. Bernanah otak aku masa tu pikir plan rosak habis sebab timing lari. Sempat la tawaf airport cari kereta sewa yang lain, tapi harga kat airport harus lah melampau kan. Sejam lepas tu, baru dapat sms cakap mintak maaf blablabla suruh call agent dia yang lain. Yadayadayada, pukul 6pm baru dapat kereta. Huarghhh! Penat takyah cakap la. Dugaan betul. (kes lambat tu sbb trafik sesak, roadblock merata sebab kes Lahad Datu). Kitorang sewa Saga BLM 1.3 dengan harga RM110/24hours. Boleh checkout Sewabah.

Misi mencari hostel. Mujur ada gps kat phone. Dan gerak hati. Cewah! HAHA Melilau jugak nak cari hostel padahal kat bandar tu jugak. Pusing punya pusing, dalam pukul 8.30 kot baru jumpa. Adila booking Akinabalu Youth Hostel through Agoda.com. Rate dia tak ingat sangat. Review macam okay, so proceed.

Masa check-in, memang dah kagum dah dengan common area dia. Cantik gila lobby. Macam boleh lepak ramai-ramai. Pantry pun cantik. So, 1st impression dah macam best. Masa untuk masuk bilik. Elok je bukak pintu bilik, nampak sorang mat salleh sedang elok terbaring atas katil PAKAI BOXER sambil belek phone dia. Tokojut eden! Bilik tu ada 2 bunk bed and 1 single bed. Bunk bed yang available cuma lah atas katil mat salleh tu. So, aku amik katil single, Adila duduk katil atas. Perasaan? Major awkward. Padahal kitorang dah request kot female dorm. Hish.

Selain itu, bilik agak sempit sebenarnya. Sorang lagi penghuni bilik tu ialah minah salleh. Sempit sebab macam penuh dengan beg diorang dan takde ruang untuk solat. Hish. Cuma senyum-senyum then say hello. Lepas letak beg, kitorang chalo keluar cari dinner. Sambil berfikir option yang ada. Lepas discussion, kitorang decided utk check out dan pegi tempat lain. Nak buat macam mana kan. Lepas call few places, dapat la satu motel ni. RM58/night utk 2 malam, private room. Belasah.

Sebelum tu, singgah dulu the famous Pasar Philippine. Memang sengih je la masuk situ tengok seafood yang bersusun. Chicken wings yang menyeru-nyeru untuk dibeli. Hish. Menarik betul. Kitorang end up beli udang rimau dengan sotong je lah untuk dinner. Total cost dalam RM30 macam tu.




Harap abang Niujilen tak kecik hati. Hiks!


Balik Akinabalu dan check-out. Masa masuk kereta nak gerak ke motel lain, kitorang tersedar folder yang kitorang bawak tu hilang. Dalam folder tu memang la ada boarding pass utk balik nanti dengan few things. Jenuh cari ulang alik naik bilik, geledah kereta apa semua tak jumpa. Sebab penat sangat, kitorang decided nak print baru je lah kat hostel baru nanti.

Check in dalam pukul 10pm kat Green View Motel. The reception was so nice, tolong kitorang print boarding pass apa semua. Masuk bilik, dinner dan mandi. Terus out. Esok nak kena bangun awal! :D