Tuesday, April 2, 2013

Nombor Lima Puluh Satu : Tamparuli / Kota Kinabalu


...sambungan dari entri ini..

Gerak dari area Kundasang dah tengahari rasanya. Penat takyah cakap la kan. Tapi masih gigih. HAHA Kitorang plan otw nak balik ke KK nak singgah Jambatan Tamparuli yang femes emes tu. Tengok skek apa yang menarik.

Sampai pekan Tamparuli tu memang sedang elok matahari terpacak atas kepala. PANAS GILA HOIHH! Memula 5 minit keluar cecepat masuk kereta balik sebab hangat liklik orang utagha kata. Ok, takpa. Round dulu pekan Tamparuli cari pejabat pos sebab nak pos poskad. Dah round baru la sedar bahawasanya hari tu adalah hari Sabtu pertama bulan Mac. Pejabat pos iz tutup okeh! Acik dah feras sangat. Tskk.

So, patah balik ke jambatan Tamparuli. Panas pun panas la, dah sampai kan. Aku yang bijaksana ni pegi park kat belah pasar padahal boleh je nak park kat belah sana. Motip nak park kat pasar? Sebab aku taktau! Sobbbs.

Hangat baq ang!


Terang dan jelas muka cuak
 Ikut kan hati nak je aku cross sampai sana. View cantik wooo walaupun panas gila. Tapi disebabkan ada orang tu gayat asyik berpaut kat aku dan aku pun panas dan rimas, aku terpaksa cancel. Tapi ok lah kan, panas gila weh tak sanggup acik! Tapi view memang best la. Cantik je sungai kat bawah tu, boleh nampak ikan berenang riang ria ok. Hishh.

Lepas cecepat masuk kereta dan full blast kan aircond, apa-apa hal pun start kereta dan pegi isi minyak untuk perjalanan pulang ke KK. Tapi sebelum pulang, singgah dulu Rumah Terbalik kat Talibong.

Pasal Rumah Terbalik ni, nah la aku quote dari Google :

The ‘Rumah Terbalik’ (which translates to Upside Down House) is the first of its kind in South East Asia and among the five upside-down structures in the world (3 are found in Europe and another in Japan).

Walaupun panas, kita redah je lah. Bukan tetiap hari datang Sabah kan. Hehe. Entrance fee adalah RM10/pax with Mykad. Kanak-kanak RM5/pax. Lesgo!


Tour dimulakan dengan laman rumah. Memula aku ingat takyah la masuk, kita ushar dari luar je. Tapi memang taklah sebab memang tak nampak apa sebab ada pagar tinggi kot Y_Y Satu benda aku tak paham adalah tempat beli tiket hujung belah sana, entrance adalah hujung belah sini. Tak ke menyusahkan? -.-"

Drama. HAHA


Rumah Terbalik, Tamparuli.

Flip house! Apa barang setakat flip table? haha

Dilak cakap dia buat super power. Dia la cakap. Aku ye kan aje lah.

Ini bukan pose gedik okeh, hangat gila taktau nak habaq!

Rumah terbalik ni boleh masuk tapi tak boleh amik gambar kat dalam okeh! Nanti akan ada satu "tourist guide" akan bawak kita masuk dalam. Dia akan cerita la blablabla (benda tak penting, sekadar memenuhkan syarat). So takyah berangan la nak curi-curi snap sebab memang takkan boleh. Ada penjaga. hehe.

Tak lama pun diorang bawak tour, dalam 10mins rasanya. Menarik jugak la tengok segala benda terbalik. Dari washing machine, kabinet dapur, peti ais, tv, basikal, katil etc terbalik. Keluar dari rumah tu, ada la kedai souvenir. Ingat nak beli FM, tapi macam tak menarik dan mahal. Aku beli poskad je lah untuk diri sendiri.

Masa otw balik ke KK (for real), masih belum give up cari kedai jual setem ok. Nak jugak poskad ada cop KK. Singgah satu kedai ni ada sticker Pos Malaysia, owner tengah rehat pulak. Tunggu dekat sejam jugak sambil-sambil Adila mengembara cari aiskrim potong dia. Then owner tu sampai, gigih la tulis poskad. Sekali  owner tu cakap "Sorry ye dik, setem dah habis" Haaaaaa..tak ke berasap? Haih takde rezeki betul. So, pulang lah ke desa tempat penginapan nak berehat barang seminit dua.

Lepas rehat-rehat, golek-golek dan solat, siap-siap semula nak ke Waterfront nak tengok sunset. Ingat nak pegi Tg Aru, tapi macam malas le pulak. Waterfront tu sebelah dengan Pasar Filipina tuh. Singgah dulu carik souvenir sikit-sikit then tapau kepak ayam (ya Allah sedapnya!) then melepak tunggu sunset. Ada yang siap bersila piknik kat situ ok. Kitorang takde la sanggup nak duduk sebab tu laluan orang berjalan.

Pose membuang masa


Pose dengki.

Bukan kapal api.

Tediaaa dia mai dah!
And the sun sets.
 View agak menarik dan orang agak ramai la sebenarnya. Lepas dah setel sunset dan kepak ayam sedap tu, kitorang pun bergerak ke pasar malam sebelah Le Meridien cari souvenirs. Ni nak habaq mai, kot nak cari FM ka souvenir apa-apa la, sila lah cari kat pasar malam sebelah Le Meridien tu. Murah gila compared to Pasar Kraftangan (kot) yang sebelah Pasar Filipina. Murah tahap separuh harga!

Masa otw ke pasar malam tu, nampak macam ada sekumpulan Jepang/Chinese/Koreans tengah cuti. Aku dah berdebar kot-kot Running Man. HAHA MOTIP SANGAT KAN?! oh nampaknya tinggal angan-angan saja lah. tssk. Terus pegi beli souvenir, then singgah Pasar Filipina beli dinner.

Disebabkan haritu adalah birthday Adilak, aku belanja la dia makan sotong yang sedap tu. Ikan tu kitorang share sampai penat makan.

Dalam RM30+. Makan sampai kenyang dan tak larat.
Lepas setel everything, makanya menidokan untuk aktiviti esoknya.


dah dah nak pegi lunch, nanti-nanti sambung.



2 comments:

Jard The Great said...

kamu berdua je ke? hehe

hzrh said...

@Jard,

ye betul, berdua :D