Wednesday, April 24, 2013

Nombor Lima Puluh Empat : Seoul, South Korea [Day 1]


Untuk orang yang ingatan tak berapa bagus ni, molek lah kiranya aku up cerita aku ke negara Kpop ni cecepat sebelum terlupa daratan. Sebenarnya aku ada big trip end of this year, so aku takda plan pun nak pergi berjalan-jalan. Tapi disebabkan 2 adik aku bergabung tenaga kpop mereka, makanya mak aku mengeluarkan perintah untuk aku teman adik-adik. Bought the flight tix around Oct/Nov last year and target nak tengok cherry blossom masa spring around April (dan menjejak lokasi Running Man HAHA). Dijadikan cerita, masa tu MAS buat promo and cheaper compared to AA. Sebat je lah, apa lagi! And two weeks before flying, kawan adik aku cakap nak join. Hah, bagus! Senang sikit nak booking everything. Hostel semua aku booked through Agoda & Booking.com. Easy peasy!

Untuk itinerary, aku banyak refer travel blogs. Main references aku adalah Supermeng Malaya & Kaki Berangan. Dan tidak dilupakan orang yang tak jemu dengan soalan tak logik aku, kakak ku mek Hanie!  Mekasih atas ilmu korang! :D  Memang lunch hour dok study itinerary, tu pun siap 3 hari before berangkat. HAHA.

Oh, masa nak pegi tu dok kecoh pasal isu North Korea vs South Korea. Seriyau jugak, so aku just email and update embassy kat sana. Ni kira dah kali kedua sebab haritu masa aku pegi Kota Kinabalu, dok kecoh kes Lahad Datu :/

Basically what being sumbat into my Futura32 (excluding tudung and tut tut)



So in love with my passport cover hiks! Search for She Loves Roses on FB.


Jemaah ke negara kpop

 Flight took off around 11.45pm. Dalam flight tengok movie ada lah dalam 15mins pastu kiok. Dikejutkan untuk breakfast. Nasik lemak #FTW! Lulz


Breakfast
Atas Jeju. Hishhh nak pegi Busan!!

Touch down around 6.20am (GMT+9). Turun flight burrrrrr sejuk gila disambut suhu 3°C. Masih berlagak tough dgn sandal dan sehelai sweater. Settle immigration, collect luggages dan boleh la mulakan perjalanan.

Oh, untuk yang pakai android, boleh download apps Jihachul untuk subway route. Memang best gila apps ni sebab siap bagitau timing next train pukul berapa apa semua. Dan lagi best, timing dia memang sharp habis!

Airport fashion. Just because I dont have a proper walking shoes. My Cik Teh.

BigBang welcomes you to Korea! Eh hello, TOP!

Itinerary serupa rombongan sekolah, menurut kata lebai kampung tepi tasik.
Sebelum naik subway, kitorang pegi cari T-money dulu. Macam Touch n Go kita lah. Sekeping kad KRW2,500. Kitorang topup dalam KRW40,000w seorang. Then baru lah bergerak ke hostel. Sejuk baq ang! Naik AREX kat ground floor, stop di Anguk station.

Memang betul orang kata Korean ni very helpful. Kitorang baru nak bukak map tengok, dah ada this one girl tanya kitorang nak pegi mana. Gigih tunjuk exit mana apa semua. Pagi-pagi dah terharu. Haha!

Untuk 1 night, aku booking hanok style guesthouse. Saja nak feeling-feeling duduk rumah tradisional depa. Hanok style homestay ni mahal sebenarnya, mujur gigih buat research sana sini, the cheapest I can get is Hyo Sun Dang Hanok Hostel. Dan hostel ni dekat gila dengan subway, dalam 5mins walking distance. Booking tanpa mengetahui bahawa hostel ni dekat betul dgn itinerary 1st day, so yeay!



Kanan tu pantry, kiri ni bilik owner kalau tak salah.
Bilik dia very minimal, tapi should be enough. Bantal dia best, taktau nak describe macam mana. HAHA. Toilet kat luar. Bilik kecik je, muat-muat kitorang yang besar gedabak ni.

Bilik, Nak amik gambar pun susah payah sebab kecik.


L-R : Toilet 2, Toilet 1, entrance. Comel. Tu je.

Lepas mandi/fresh up sikit then breakfast gardenia penyet dgn tuna, kitorang pun bergerak keluar. Agenda untuk 1st day ialah melawat palaces. Banyak gila palaces diorang, the biggest is Gyeongbokgung Palace. Tapi kitorang decide nak start dengan Changdeokgung Palace sebab lagi dekat dan aku teringin nak masuk Secret Garden.

Kitorang adalah pulun integrated tix yang berharga KRW10,000w/pax konon nak masuk semua palaces tanpa memikirkan masa depan. Intergrated tix tu termasuk tour ke Secret Garden. Kalau nak masuk Changdeokgung je harga KRW3,000 manakala untuk Secret Garden KRW5,000 kalau tak salah. Oh nak masuk Secret Garden kena ada guide ye anak-anak. Kiranya kau tak boleh main aci redah masuk, kena tunggu tour. Kalau tak sabar, boleh redah je ikut tour bahasa lain. Kitorang tunggu English session, jam 1.30pm.

The gate. 10mins walking from Anguk station exit 1. 

Pamphlet yang mengandungi map istana boleh dikutip di pintu masuk.  Tukang pegang not included. Pegang sendiri.
First impression aku, aku kagum dengan Koreans. Sebab palace ni penuhhhhhhh dengan orang diorang. I mean, diorang datang visit historical place dengan family and friends. Which I think it's good. Tak banyak sangat foreigners yang aku nampak, sebab orang diorang lagi berlambak. Cuaca nampak je terik, tapi temperature masa tu maybe dalam 8°C kot.


So pweeeeettttyyyyyyyyy! Entah berapa keping aku snap sebab cantik sangat!



Masa kitorang tengah tunggu untuk tour Secret Garden, terserempak dgn budak-budak ni. The Scholars. Aku rasa diorang ni macam volunteers kot?


Secret Garden. Masih lagi feeling autumn sikit-sikit.

The Secret Garden or it's also known as Huwon is located behind the Changdeokgung Palace. The rear garden takes up 60% of the entire area of Changdeokgung Palace which was built for the kings and royal family members to relax, stroll and enjoy the beautiful nature. The Secret Garden has also been claimed as UNESCO World Heritage because the garden is well maintained with over 26,000 specimens of a hundred different species of trees in the garden. Some of the trees behind the palace are now over 300 years old.



Jenuh jugak nak berjalan dalam Secret Garden tu woi! Ada la dalam 2 jam jugak. Penat menapak, mujur tak berpeluh. Kalau tak, sure melekit. Tskk. Tapi mujur ada pencuci mata. #eh

#eh tak sengaja kbai

Rasanya Secret Garden ni paling cantik masa autumn. Ke sebab masa kitorang pegi tu still awal spring? Entah lah. Pada pendapat aku, kalau betul nak enjoy the scenery, memang kena spend one day kat sini. Tempat cantik. Cuma larat dengan tak larat nak jalan je la ye. Kitorang spend setengah hari kat sini. Fuhh!

Bukchon Hanok Village lebih kurang sebelah je dgn Changdeokgung Palace. Lorong pertama belah kiri lepas exit 1 Anguk station. Kalau korang ikut lorong tu, korang akan jumpa Information Office dia kat belah kiri. Memula memang bercita-cita nak jejak semua 8 photo spots kat situ, tapi hari dah petang benar. Plus, agak penat lepas menapak pusing palace.


Bukchon Cultural Centre
Map dari kaunter
 Belek-belek map pun rasa nak tercabut kaki sebab jauh oih photo spots dia semua. Macam kena mendaki la apa la. Cuma photo spot #1 je paling dekat. So, pegi #1 je lah. HAHA

Taktau bunga apa tapi cantik gila masa angin bertiup. Macam butterflies!

One of the streets in Bukcho. Jalan berbukit.


Dah pukul 6 petang tanpa disedari. Perut dah moshing lagu heavy metal. Misi mencari makan. Pusing-pusing area Bukchon tu, nampak satu kedai seafood. Sebab lapar sangat, lupa nak amik gambar signboard. Tapi kedai tu sebaris dengan cultural centre.

Satu benda aku bersyukur untuk trip ni. Pengetahuan bahasa Korea adik aku agak bagus walaupun dia sekadar beli buku dan study kat internet. Kawan adik aku tu boleh bersembang dalam bahasa Korea. Mana dia belajar entah, tapi ahjumma/ahjussi punya suka sebab dia boleh bersembang dengan diorang. Bila nak beli makanan esp, aku seret je depa dua ni suruh baca kan label. HAHA

Ahjumma ni siap ajau macam mana nak makan. Ni seafood spicy amende entah. Reminder, makanan diorang ada BANYAK side dish termasuk kimchi. Memang penat nak habiskan. Lunch macam ni lebih kurang sorang KRW10,000w.
Dah setel makan kena bergerak untuk next destination. Sebelum tertido di kedai tu, elok lah bergerak cepat. Misi nak cari walking shoes kat Dongdaemun. Memang ingat nak cari kasut, sebab tu sengaja pakai sandal je. Naik subway turun je kat stesen Dongdaemun, tak ingat pulak exit berapa. Tapi ada information board, refer je situ.


The famous Cheonggyecheon Stream. Bersih gila siap boleh rendam kaki ok. Tapi aku tak rendam la sebab sejuk gila!

Pusing-pusing Dongdaemun ushar kasut. Punya besar tempat tu, takde satu pun aku berkenan! Hati meronta-ronta nak beli boots tapi mujur boleh berfikir secara waras; kalau beli, bila lagi nak pakai? haaa..selamat pitih walaupun boots lawa-lawa dalam range KRW10,000w je. Dan hiking shoes pun jenuh nak tengok sebab terlalu banyak pilihan. Lawa-lawa dan best je aku belek. Again, bila la seorang aku ni nak pi hiking kan? Mmmkay.


Habis pusing, beli strawberry je. Korean strawberry is no joke ok, SUMPAH MANIS! Aku beli yang KRW3,000 tu, makan sampai sendawa. Hehe.
 Jam menunjukkan pukul 9.30pm. Dah almost flat, tapi nak jugak berjalan lagi. So, decided nak pegi Gwanghamun Square nak melawat tugu King Sejong berserta nak ushar Gyeongbokgung Palace sebab siangnya tak sempat.

Gwanghwamun was first constructed in 1395 as the main gate to Gyeongbokgung Palace, the main and most important royal palace during the Joseon Dynasty. 
The statue of King Sejong, the fourth king of the Joseon Dynasty and creator of Hangeul, Korea's alphabet.

Masa kat King Sejong statue, ada dua orang mamat Korean ni tegur kitorang. So macam borak-borak sikit lah. So, okay la amik gambar sekali. Diorang pun macam ramah gila, English pun not bad.

Dari statue King Sejong tu, menapak sikit menuju ke gate Gyeongbokgung Palace. Lawa nak meninggal okeh! Kitorang tak lintas pun jalan sebab kereta berlambak-lambak. Dan sangat la sejuk malam tu, rasanya dalam 2°C kot.Angin musim bunga di Seoul bikin kebas muka :/

Gyeongbokgung Gate from Gwanghamun Square at night.
Masing-masing dah flat, boleh la kot nak bergerak pulang ke hostel. Penat gila dan esok nak kena bangun awal pulak. Sampai hostel, dapat pulak mandi hot shower, nikmat gila!

..to be continued!

5 comments:

Jard The Great said...

ai gigih cari gambar pakwe korea hensem.. takda pon! hahahaha

ok.. waiting for next post. =P

Alid Abdul said...

Alamak strawberrynya sedap >,<

hzrh said...

@Jard,

Pakwe hensem kita kena simpan sorang-sorang. #eh


@Alid,

Memang sedap! Orang cakap tak lengkap datang Seoul kalau tak merasa strawberry mereka :)

thatsofarah said...

Yay, dah boleh comment!!

Kenapa tak tahu ada seafood restoran tu? Kitorang hari-hari makan kebab kat seoul.

hzrh said...

@thatsofarah,

Kitorang kt sana seketul kebab pun tak jumpa! Kebab kt itaewon je ke?
Anyways, kedai seafood banyak jugak lah (esp Jeju la kan). Cuma still kena hati-hati tanya ingredients apa semua.