Showing posts with label Seoul. Show all posts
Showing posts with label Seoul. Show all posts

Wednesday, September 4, 2013

64 : Spring in Seoul [ Day 4 ] - Namsan / N-Seoul Tower


Oh hey! 

Mari sambung cerita kpop yang tertunggak sejak sekian lama.

/kibas habuk

Pagi ke-4 di negara kpop bermula agak awal sebab macam jauh perjalanan. Malam sebelum tu aku down dgn demam, panas gila baq ang! Lepas makan ubat aku terus pengsan dan terjaga tengah malam sebab panas sangat. Panas as in panas je, tak berpeluh. Stress aku. Sebab takleh tidur, aku pun packing apa yang patut dan kembali pengsan beberapa jam kemudian.

Esok pagi lepas breakfast and tinggalkan bag kat pantry, aktiviti hari ke-4 di negara kpop pun bermula. Tapi, apa-apa hal pun singgah Family Mart cari kopi / hot chocolate dulu.

Sebagai seorang yg demam dan sakit tekak, pandai-pandai la masuk cari ubat.


Ubat sakit tekak kot? Sedap jugak hehe
Plan pagi ni adalah ke Namsan Tower / N-Seoul Tower. Orang kata kalau mari Seoul tapi tak ke Namsan Tower ni kira tak aci lah. Orang kata k, aku ye kan aje. Kebanyakan orang pilih utk pegi waktu malam sebab boleh nampak night view bandar Seoul, tapi disebabkan schedule kitorang agak pack makanya terpaksa pegi di siang hari.

Ada a few options untuk ke Namsan Tower; by bus / cable car / menapak. Dan sebagai cheapskate bertauliah, kitorang pilih naik bas.

Dari Hongik University subway, kitorang turun kat Chungmuro station, exit #2. Keluar je exit tu memang dah nampak dah bus stop. Tunggu la sampai bas sampai then hop on! (bus fare dlm KRW600).


Naik bas takde la lama sangat, ada la dalam 15mins then dah sampai. Sepanjang perjalanan tu aku macam peghak sikit sebab view cherry blossom tepi jalan memang amazing! So, sila lah check website selalu utk tau timing cherry blossom okeh.

Dah sampai tu, pandai-pandai la turun.
Bas akan stop kat parking lot Namsan Tower. Takde kenderaan boleh naik situ kecuali bas sebab diorang nak reduce pencemaran or something like that. Bus dia pun jenis environmental friendly.

Nak sampai ke Namsan Tower tu kena menapak sikit ye anak-anak. Boleh tahan jugak menapak tu, berpeluh walaupun sejuk.

Ramai gila orang, rombongan sekolah-sekolah pun ada. Kiut-kiut je semua.

View dari Namsan Park, rasanya ni dalam pukul 10am kot.

Beli tiket utk naik observatory deck & Teddy Bear Museum. Adik aku tengah test hangul diorang. HAHA

For ticketing info, check SINI

Kitorang amik observatory deck + Teddy Bear museum.


Sejenis pagoda (?) kat belakang tu adalah lokasi Running Man Episode 6 hehe

Settle beli tiket dan merayap kawasan sekitar, mari lah naik ke atas.



I saw..Girin~

View dari atas Namsan Tower.



Souvenir pun ada jual kat sini. Tapi harga tu paham-paham sendiri la ye?

Boleh jugak hantar poskad dari atas ni. Macam confusing sikit part ada setem dgn takde setem kan? Ke aku sorang je yang confuse? krikk krikk krikkk


Wishing well kot?


Ada jugak merchandise kpop yang dijual kat sini. Banyak jugak lah. Pilih pilih~
Selesai ber-camwhore, mari masuk pulak ke Teddy Bear museum. Asalnya macam malas nak masuk sebab..entah, tak berminat. Tapi dah semua orang (adik-adik) masuk, aku layankan aje.

Masuk je entrance terus disambut encik beruang.

Belajar sejarah beruang. Hehe

Enjoice je lah gambar-gambar dalam muzium ni ye anak-anak :






Dai Han Min Guk!

One of Korea famous shows. Tak sempat tengok, tsk

Retarded.

As for me, biasa-biasa je lah Teddy Bear Museum ni. Cumanya benda takde kat tempat kita kan, so layan je lah. Tak lama pun nak habiskan masa kat sini, dalam 40mins dah setel cover satu museum.

Then, baru la keluar berjalan-jalan menikmati keindahan alam. Ewah.


The famous keypad lock tree in Namsan. Boleh beli mendalah ni kat kedai souvenir Namsan Tower , harga dalam KRW8,000 kot kalau tak salah. Aku tak beli pun~


Dah boleh la tu bergerak ke next destination. Boleh tahan rushing.


Dalam pukul 2 kitorang selesai agenda ni Namsan Tower. Demam aku pun dah slow-slow menghilangkan diri sejurus selepas berpeluh panjat naik atas HAHAHAHA

Overall, menarik lah tempatnya. View memang cantik dan orang pun boleh tahan ramai. Kalau datang malam dan kena cuaca yg elok, mesti best! So, plan wisely okay!

Laju-laju menuju destinasi seterusnya..jeng jeng jeng!


Sambung later yek! :D






.

*masa entri ni ditulis, penulis dalam perjalanan untuk bercuti. Ni memang cuti yg bebetul cuti lepas lama sangat "berehat" dari aktiviti berjalan-jalan melihat tempat orang.Dan lagi 2 trips insyaAllah sebelum 1 mega trip of the year..gituuu~ doakan selamat semuanya yek! 







Wednesday, July 10, 2013

62 : Spring in Seoul [ Day 3 Part 2 : Lotte World ]



Setelah selesai adik-adik aku meng-kpop kan diri mereka, kitorang pun bergerak ke next destination : Lotte World! Hah, kalau sesapa yang rajin tengok k-drama atau variety show, memang kena jugak jejak kan kaki ke sini. Kalau tak salah, Lotte World ni world's largest indoor theme park.

Kitorang turun kat stesen Jamsil, exit 3 or 4. Ada direction, no worries. Kalau tak nampak jugak, ikut je ramai-ramai orang berjalan. Hah, gitu. Kitorang plan nak masuk after 4pm, murah sikit tiketnya. Harga tiket boleh rujuk SINI

Kitorang yang kebuluran ni singgah mart dulu cari benda apa yang boleh makan since ada masa lagi. Macam biasa, cari onigiri (yang macam sushi bentuk triangle tuh) atau pun gimbap. Sila baca bebetul label atau pun rujuk label bergambar. Kebanyakannya provide label bergambar.

Gimbap tuna.
Tapi elok je lepas aku makan gimbap, perut sangat-sangat tidak selesa ok. Aku rasa bukan salah gimbap. Few times jugak aku ulang pegi toilet. Ye, toilet takde air. Sila la spare satu botol mineral (aku panggil botol ajaib) untuk bekalan ke toilet ye. Boleh kata complete package dah : demam, sakit tekak, hidung berdarah, migraine dan diarrhea. 

Tempat beratur beli entrance ticket. Kalau group, ada kaunter khas.

Masa adik aku dok beratur beli tiket, sempat jugak la dua kali aku ulang pegi toilet. Penat weh, Tuhan je la yang tau. Settle beli tiket, sebelum masuk tu nampak ada 7-11 kat sebelah. Masuk jugak 7-11 dengan harapan nak cari ubat. Mek Hanie ada pm kat facebook gambar ubat-ubat yang boleh dibeli kat mart untuk penyakit aku ni. Mekasih kak, me lebiu longtaim!

Terjenguk-jenguk cari kat rak, tak jumpa pun. Last sekali, adik aku pegi approached sorang customer yang berdekatan kitorang. Adik aku communicate macam mana entah, berjaya la kitorang beli ubat yang diinginkan.

Ubat cirit-birit. Sebotol KRW1,000 je. Minum sampai habis.

Alhamdulillah, masa masuk Lotte World memang perut aku sangat behave! Hilang dah perasaan nak terberon aku. Kakakaka tapi masih tak larat lah. Aku macam menyeret diri aku je sebenarnya.

Entrance


Jangan terpedaya. Dalam ni warm je, cuma temperature badan aku yang tak betul.

Sebelum berloncatan.
Lotte World ni aku nak jejak 2 benda je : Carousel dalam Stairway to Heaven dengan location Running Man je lah. Entah pape, tapi peduli apa aku. HAHAHAHAHA

Oh Kwon Sang Woo! *berangan*

Masa dok jalan-jalan dalam Lotte World ni macam berkenan pulak nak naik belon ni hah. Kelihatannya seperti menarik. Gigih ni beratur walaupun ramai orang. Dan kitorang je kot tourist kat situ? Nampak kebanyakan orang kat Lotte World tu locals lah, rasanya kitorang je lah orang luar.


Bersimpang siur hah tempat beratur

Belon yang kitorang naik #2
Below adalah view yang diambil dari atas belon :






Kalau yang tengok Running Man, early episode yang depa kena karaoke atas roller coaster, hah ini lah roller coaster nya. Kekekekeke 


Water dispenser. Comel ok.

Turun dari belon, aku merayau solo sebab adik-adik aku pegi main game amende entah. Aku takde hal. Lagi pun serius sangat-sangat tak larat. Lastly lepak layan instagram je. HAHAHAHA


Ini tempat Shin Bong Sun pukul Jae Suk dengan Suk Jin sebab nak protect Jong Kook dalam Running Man

Sebenarnya ada outdoor theme park, Magical Island. Tapi kitorang tak pegi la sebab terlalu ramai orang. Dan to be honest, biasa-biasa je Lotte World ni bagi aku. Maybe la sebab aku demam, tapi adik aku pun cakap benda yang sama. So, terpulang la kepada masing-masing yek.

Sebelum keluar dari Lotte World, kitorang singgah lunch/dinner kat Lotteria. Lotteria ni kira macam mcD lah. order shrimp/squid burger set. Dah demam tu, sila la minum hot tea sahaja ye. Satu set dalam KRW5,000. Highly recommended! Sedap!



Plan asalnya balik dari Lotte World nak pegi naik Namsan Tower, tapi nan hado. Aku sipi-sipi nak terkelepek. So, semua pun decide nak balik hostel. Otw balik hostel, kebetulan ada farmasi kat area situ yang bukak lagi. So, menyinggah cari ubat demam. Aku cuak dah, kang dia taram kaw-kaw punya harga ubat kat tourist kan. Sekali masa bayar, kena KRW6,000 (dalam RM18) je. Okay sangat la kan.


Obat-obatan demam

Dapat capsul apa entah kaler biru sepapan dengan ubat kaler coklat beberapa peket. Aku telan yang kaler biru je sebab cuba bancuh yg kaler coklat tu. pehh..rasa macam apa lagi, terus aku buang. Sampai hostel, makan ubat dan aku flat terus. Pasang heater lantai, then terus selubung selimut. Adik-adik aku keluar merayau area hostel.


Later!

Tuesday, June 25, 2013

60 : Spring In Seoul [ Day 3 Part 1 - Pagi Yang Kpop ]


..Sambungan dari entri ini Spring in Seoul Day 2.

Pagi ni ikut itinerary adik-adik aku. Aku memang taktau apa, plus aku demam boleh tahan teruk. Tapi dah datang jauh-jauh, buat mende tergolek atas katil ye dak? Belasah saja yakin boleh.

Adik-adik aku sebagai peminat kpop tegar, harus lah nak pegi menjejak tempat retis kegemaran depa. Sebagai kakak yang baik *rolling eyes*, aku ikut je lah. Maaf lah, aku memang taktau jalan. Depa yang google the route, aku follow je.


Rambang mata nak pilih kopi. Memang sejenis surga duniawi untuk penggemar kopi macam aku. 

1st destination pagi tu adalah JYP Entertainment. Jauh nak mampus menapak, yang tu je aku ingat. Dengan demam nya, memang tak membantu sangat lah. Tapi aku enjoy la observing local people. 

Soalan aku adalah; bila masa depa ni pi reja? Sebab sepanjang perjalanan, memang aku asyik la terserempak dengan lelaki-lelaki yang siap ber-suit macam nak pegi opis. Bila aku belek jam, dah pukul 11 pagi kot. Tapi takpa..cuci mata. Kikikiki~ (sorry, memang nak amik gambar pun tak larat)



On the way ke JYP Ent kalau tak salah.


JYP Entertainment ni label untuk Wonder Girls, 2AM, 2PM and a few more artistes (googled)


Lepas sakan adik aku berposing depan ni (wa tolong angkat kamera jah), kitorang gerak pulak pegi Cube Entertainment. Cube Entertainment ni recording label untuk Rain (aumm), Beast, 4Minutes (again, googled). Tak jauh sangat pun dari JYP.

Cube Entertainment. Jalan kat sana kecik-kecik, so takleh nak amik full  building facade.

L-R : Adik #2, kawan adik, Adik #1

Cube Cafe. Bawah tu cafe for public, atas tu practice studio untuk retis-retis Cube katanya. Aku ye kan aje.

I read somewhere yang mana-mana fans yg nak jumpa retis Cube ni memang keje melepak je lah kat cafe bawah tu. Yang mana nasib baik tu dapat lah jumpa. Masa kitorang dok melepak kat situ, adik aku cakap kat meja berdekatan kitorang tu ada CUBE punya president ke mende entah. Aku penat sangat nak amik port.


Bekal aku. Botol je mengada, dalam tu vit C.

Adik-adik aku bersuka ria la bergambar / shopping merchandise dalam cafe tu, aku terkelepek sambil dok online. Ada free wifi. Hehe. Diorang order minum, aku sebagai orang demam sila minum vit c sajork.

Gambar-gambar berikut hasil penangkapan adik-adik aku :

Antara yang menarik perhatian aku : lepas order kat kaunter, korang akan dapat benda ni dan sila lah duduk dahulu. Once order korang dah siap, benda ni akan vibrate dan sila lah ke kaunter untuk pick-up order korang yek. Pastu sila la kasik balik bendalah ni, jangan dok buat harta pulak. kakaka














Untuk peminat kpop, sila lah ke kafe ni. Bagi aku, boleh tahan menarik jugak la tempat dia. Jangan jadi gila sudah. Anyways, depan hostel kitorang kat Hongdae tu ada another record label which is FNC Entertainment. Adik aku cakap FNC ni ada CNBlue. Okay, excited la sikit. Everytime lintas masa keluar/balik hostel, harus lah terjenguk-jenguk kot la ternampak imaginary boipreng ai masa tu, Yonghwa (refer gambar di bawah). Kakaka tapi nan hado, yang nampak cuma lah van hitam bertinted sajork.

Idol ace, Yonghwa of CNBlue. Favorite guest aku dalam Running Man.
Lepas selesai agenda ber-kpop, kitorang pun bergerak menuju ke next destination. Masa ni aku dah mengalami ketidakselesaan perut, tapi masih gigih berjalan. Dengan angin sejuknya, memang complete demam aku. Hishh.


Sambung nanti..