Friday, April 5, 2013

Nombor Lima Puluh Dua : Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Kota Kinabalu


..sambungan dari entri ini..

Here comes the final day in Kota Kinabalu.Ingat nak bangun pagi betul, tapi sedikit tersasar sebab tido balik lepas subuh. Hihi. Check-out hostel dalam pukul 8.30am, then terus gerak pegi Jesselton Point.

Jesselton Point ni jeti untuk pegi ber-island hoping dan jugak untuk ke Labuan kalau tak salah. Kat sini, ada banyak gila booth operator untuk island hoping. Boleh la round-round dulu check harga. Tapi mostly lebih kurang je. Masa tu korang boleh la set nak pegi pulau mana then dia akan quote harga. 1 pulau dalam RM18 kalau tak salah. Boleh pilih nak pegi 1/2/3/4 pulau.

Lepas discuss lebih kurang dgn Dila dan check bajet yang tinggal, kitorang decide pegi pulau Manukan dgn Mamutik je. Selain faktor ekonomi, kitorang jugak memikirkan faktor masa sebab flight kitorang pukul 7.30pm. 


Photobomb sangat. 
Masa beli tiket tu, dia akan tanya pukul berapa nak gerak semula ke tanah besar. Kitorang taknak amazing race so kitorang cakap nak gerak pukul 2. Orang tu cakap okay, then bayar la apa lagi! Total bayaran lebih kurang RM56/pax campur dgn jaket keselamatan dan goggle set untuk snorkeling (err itu lepas Adila tunjuk student card beliau). Info : Manukan dgn Mamutik ni macam dekat sikit, so murah sikit la compare nak pegi pulau lain. Kalau ke pulau Sapi, harga lain sikit. Haaa nanti tanya je lah kat kaunter tu. Hehe.

Tempat parking bot

Designer pakai jaket label designer jugak -.-

Pulau Manukan. Soooooooooo pweeetttyyyy!

Add caption

Add caption
Kitorang tak sempat la nak cari nasik lemak ke apa ke before naik bot sebab bangun pun macam dah agak lambat. tskk. So, kitorang just singgah 7E je beli biskut dgn Snickers. Sedih jugak la, takde feeling piknik ke apa. Tapi masa sampai Pulau Manukan, ada kedai makan ok! Jual nasik campur la, mee goreng la..price? NORMAL PRICE ok! Ye lah, selalu kita ingat kat pulau mahal sikit kan. Kedai ni harga biasa la. Mee goreng dalam RM3 gitu, ok lah kan? So, dengan senang hatinya kitorang menapau. Tapi kitorang simpan dulu sebab masih nak berenang-renang. End up makan Snickers je alas perot.

View yang awe to the some!

Add caption

Add caption

Gerammmm!
Kitorang bayar untuk pegi Pulau Manukan dgn Pulau Mamutik dan kitorang request nak balik pukul 2. Then driver (?) bot kitorang cadangkan kitorang pegi je Pulau Sapi. Kalau ikutkan, Sapi macam kena bayar lebih la dari yang kitorang bayar tu, tapi dia cakap better pegi Sapi sebab lagi cantik. Disebabkan takyah bayar lebih, kitorang pun agree je! :D

Pulau Sapi

Yes, Pulau Sapi memang lawaaaaaa sangat! Haih taktau nak cakap lawa macam mana. Air dalam sikit compare dengan Manukan. Kiranya part yang cetek tu sikit sangat.


Peminat tegar Ji Suk Jin memang gini. Aku paham perasaan Jae Suk yang annoyed dgn pose ni.

Adilak the Dapor Designer in action. Nampak kan bayang-bayang kat bawah tu? Haahh punya clear air situ!

Yes, Darabdua was NOT there!! (entiti merah tu adalah Adilak yg gigih menahan ombak yang menghempas pantai)
Kitorang tak lama pun kat Pulau Sapi sebab nak balik pukul 2 kan. Kat Manukan yang lama sikit. Terkocoh-kocoh tukar baju apa semua. Sampai driver bot datang cari depan toilet panggil balik. HAHA

Dah elok sampai bot, baru sedarrrr spek tertinggal kat toilettt! Huhhh rajin la pulak nak patah balik kan. Aku cakap kat Adila, biar je lah. Nanti aku beli lain. Adila being Adila, dia laju-laju patah balik. Hishh. Mekasih Adilak <3 p="">
Bergerak pulang around 2pm. Perjalananan pulang agak mencabar sebab ombak kuat. Tapi tak sekuat aku went through masa kat Krabi. Punya kuat sampai terangkat bonbon dan cousin aku muntah 3 kali. But still, ombak agak kuat la masa otw balik KK. Naik bot dengan satu family tu (which I ditch the son sebab poyo nak mampos, naik bot je pun nak poyo). Mak dia baik gila siap ajak borak. Masa turun dari bot, makcik tu tanya kitorang dari mana, duduk mana apa semua. Borak-borak sikit dan kitorang pun bergerak. Lapar weh!

Oh btw, ada parking lots tepi Jesselton Points tu. Dari pukul 9am sampai 2pm kitorang park, kena RM5. Kira ok la kot, kan?



Penat tahap rasa nak tidur je taknak buat apa sementara tunggu flight. So fikir punya fikir, pegi lepak Tg Aru je lah utk lunch. Lagi pun Tg Aru tu dah dekat sangat dgn airport. Lepak Tg Aru sambil makan aiskrim Mat Kool then baru lunch makanan yang kitorang tapau kat Manukan tadi. Best wehhhhhhh piknik situ! Teduh je port kitorang. Makan sambil enjoy the view :D



Sedang elok tengah makan, ada SMS masuk.

"Your flight is now cancelled and moved to AK5121 at 2015hrs"

Memang berasappppp je aku baca sms tu ok. Dah pukul berapa pulak nak sampai Bangi kan! Hishh malas nak fikir, kitorang masuk kereta dan tidur. Ye, tidur for real. Penat ya hamat. Dapat la power nap dalam 2 jam gitu. HAHA Lepas terjaga, packing barang sikit then gerak pegi airport sebab kena pulangkan kereta before pukul 6pm.

Dalam pukul 4.30pm, kitorang dah kat airport. Sampai awal sebab nak kena ambil boarding pass baru. Sampai je kat kaunter nak print boarding pass baru, akak kaunter tu tanya "Cik, flight pukul 5.30pm dengan 6.30pm masih ada seats available. Cik prefer yang mana? Atau nak proceed pukul 8.15pm?" MEMANG LA AKU SENGIH TIME NI :D Tengok jam, macam tak sempat pukul 5.30pm sebab belum solat dan misi mencari aiskrim potong belum complete so 6.30pm it is!

Lepas setel everything, masuk departure hall. Kat sini pun kena kasik departure card yang kita dapat masa masuk itu hari kat immigration. Then akan dapat cop depart kat boarding pass. Then boleh la bertapa tunggu ketibaan flight memasing ok.





Macam kitorang, masuk je terus cari kedai jual aiskrim potong untuk ibu mengandung satu opis dengan Adilak. Ya, aiskrim potong ada dijual dekat departure hall, betul-betul tepi boarding gate. Kedai nama Made In Sabah (lupa nak amik gambar sebab excited). Aku beli sekotak aiskrim potong perisa avacado, Dilak amik 2 kotak mixed flavor. Sekotak RM23 kalau tak salah. Ya, memang bertahan sampai rumah sebab dia bungkus dalam kotak polisterin. SEDAP WEH MENYESAL BELI SEKOTAK JE! Ok, sila lah beli sebab sedap. Heh.

Flight muncul tepat 630 (which is VERY RARE for AirAsia). Masa tengah beratur tu, ada mamat datang tegur aku. Aku lost kejap. Lepas borak 2-3mins baru aku sedar dia senior aku! HAHA Datang KK melawat bini dia. Borak-borak kejap then kitorang dah kena boarding.

Sementara nak sampai LCCT tu, aku tengok Running Man je. Then aku rasa lamaaaaa sangat nak touch down. Rupanya flight tengah tunggu giliran nak landing sebab trafik sesak. Sampai telinga aku sakit. Dah bergelen air aku telan, but still sakit. Memang 1st time la sakit sampai rasa nak menangis. Touch down dalam pukul 9.20pm, then terus amik bas pegi KL Sentral. Dan sampai Bangi pukul 12am, mujur esok cuti. Dan mujur anak sedara aku bijak laksana keluar dari perut mommy dia the very next day, tunggu aunty balik holiday! <3 p="">


.

Okay, dah boleh prepare for next trip! :D

2 comments:

MaryamKhair said...

Hi, nak tanya. Selain tempat persalinan, ada tak disediakan tempat untuk mandi juga? I'm thinking to go early in the morning and have fun at the islands before heading back to KL later that night. Terima kasih!

hzrh said...

@maryamkhair

Saya last kat Pulau Sapi, ada tempat mandi jugak kat situ. Pulau lain saya tak pasti. Mungkin ada.