..Sambungan dari entri ini Spring in Seoul Day 2.
Pagi ni ikut itinerary adik-adik aku. Aku memang taktau apa, plus aku demam boleh tahan teruk. Tapi dah datang jauh-jauh, buat mende tergolek atas katil ye dak? Belasah saja yakin boleh.
Adik-adik aku sebagai peminat kpop tegar, harus lah nak pegi menjejak tempat retis kegemaran depa. Sebagai kakak yang baik *rolling eyes*, aku ikut je lah. Maaf lah, aku memang taktau jalan. Depa yang google the route, aku follow je.
Rambang mata nak pilih kopi. Memang sejenis surga duniawi untuk penggemar kopi macam aku. |
1st destination pagi tu adalah JYP Entertainment. Jauh nak mampus menapak, yang tu je aku ingat. Dengan demam nya, memang tak membantu sangat lah. Tapi aku enjoy la observing local people.
Soalan aku adalah; bila masa depa ni pi reja? Sebab sepanjang perjalanan, memang aku asyik la terserempak dengan lelaki-lelaki yang siap ber-suit macam nak pegi opis. Bila aku belek jam, dah pukul 11 pagi kot. Tapi takpa..cuci mata. Kikikiki~ (sorry, memang nak amik gambar pun tak larat)
On the way ke JYP Ent kalau tak salah. |
JYP Entertainment ni label untuk Wonder Girls, 2AM, 2PM and a few more artistes (googled) |
Lepas sakan adik aku berposing depan ni (wa tolong angkat kamera jah), kitorang gerak pulak pegi Cube Entertainment. Cube Entertainment ni recording label untuk Rain (aumm), Beast, 4Minutes (again, googled). Tak jauh sangat pun dari JYP.
Cube Entertainment. Jalan kat sana kecik-kecik, so takleh nak amik full building facade. |
L-R : Adik #2, kawan adik, Adik #1 |
Cube Cafe. Bawah tu cafe for public, atas tu practice studio untuk retis-retis Cube katanya. Aku ye kan aje. |
I read somewhere yang mana-mana fans yg nak jumpa retis Cube ni memang keje melepak je lah kat cafe bawah tu. Yang mana nasib baik tu dapat lah jumpa. Masa kitorang dok melepak kat situ, adik aku cakap kat meja berdekatan kitorang tu ada CUBE punya president ke mende entah. Aku penat sangat nak amik port.
Bekal aku. Botol je mengada, dalam tu vit C. |
Gambar-gambar berikut hasil penangkapan adik-adik aku :
Untuk peminat kpop, sila lah ke kafe ni. Bagi aku, boleh tahan menarik jugak la tempat dia. Jangan jadi gila sudah. Anyways, depan hostel kitorang kat Hongdae tu ada another record label which is FNC Entertainment. Adik aku cakap FNC ni ada CNBlue. Okay, excited la sikit. Everytime lintas masa keluar/balik hostel, harus lah terjenguk-jenguk kot la ternampak imaginary boipreng ai masa tu, Yonghwa (refer gambar di bawah). Kakaka tapi nan hado, yang nampak cuma lah van hitam bertinted sajork.
Idol ace, Yonghwa of CNBlue. Favorite guest aku dalam Running Man. |
Sambung nanti..
No comments:
Post a Comment