Wednesday, September 4, 2013

64 : Spring in Seoul [ Day 4 ] - Namsan / N-Seoul Tower


Oh hey! 

Mari sambung cerita kpop yang tertunggak sejak sekian lama.

/kibas habuk

Pagi ke-4 di negara kpop bermula agak awal sebab macam jauh perjalanan. Malam sebelum tu aku down dgn demam, panas gila baq ang! Lepas makan ubat aku terus pengsan dan terjaga tengah malam sebab panas sangat. Panas as in panas je, tak berpeluh. Stress aku. Sebab takleh tidur, aku pun packing apa yang patut dan kembali pengsan beberapa jam kemudian.

Esok pagi lepas breakfast and tinggalkan bag kat pantry, aktiviti hari ke-4 di negara kpop pun bermula. Tapi, apa-apa hal pun singgah Family Mart cari kopi / hot chocolate dulu.

Sebagai seorang yg demam dan sakit tekak, pandai-pandai la masuk cari ubat.


Ubat sakit tekak kot? Sedap jugak hehe
Plan pagi ni adalah ke Namsan Tower / N-Seoul Tower. Orang kata kalau mari Seoul tapi tak ke Namsan Tower ni kira tak aci lah. Orang kata k, aku ye kan aje. Kebanyakan orang pilih utk pegi waktu malam sebab boleh nampak night view bandar Seoul, tapi disebabkan schedule kitorang agak pack makanya terpaksa pegi di siang hari.

Ada a few options untuk ke Namsan Tower; by bus / cable car / menapak. Dan sebagai cheapskate bertauliah, kitorang pilih naik bas.

Dari Hongik University subway, kitorang turun kat Chungmuro station, exit #2. Keluar je exit tu memang dah nampak dah bus stop. Tunggu la sampai bas sampai then hop on! (bus fare dlm KRW600).


Naik bas takde la lama sangat, ada la dalam 15mins then dah sampai. Sepanjang perjalanan tu aku macam peghak sikit sebab view cherry blossom tepi jalan memang amazing! So, sila lah check website selalu utk tau timing cherry blossom okeh.

Dah sampai tu, pandai-pandai la turun.
Bas akan stop kat parking lot Namsan Tower. Takde kenderaan boleh naik situ kecuali bas sebab diorang nak reduce pencemaran or something like that. Bus dia pun jenis environmental friendly.

Nak sampai ke Namsan Tower tu kena menapak sikit ye anak-anak. Boleh tahan jugak menapak tu, berpeluh walaupun sejuk.

Ramai gila orang, rombongan sekolah-sekolah pun ada. Kiut-kiut je semua.

View dari Namsan Park, rasanya ni dalam pukul 10am kot.

Beli tiket utk naik observatory deck & Teddy Bear Museum. Adik aku tengah test hangul diorang. HAHA

For ticketing info, check SINI

Kitorang amik observatory deck + Teddy Bear museum.


Sejenis pagoda (?) kat belakang tu adalah lokasi Running Man Episode 6 hehe

Settle beli tiket dan merayap kawasan sekitar, mari lah naik ke atas.



I saw..Girin~

View dari atas Namsan Tower.



Souvenir pun ada jual kat sini. Tapi harga tu paham-paham sendiri la ye?

Boleh jugak hantar poskad dari atas ni. Macam confusing sikit part ada setem dgn takde setem kan? Ke aku sorang je yang confuse? krikk krikk krikkk


Wishing well kot?


Ada jugak merchandise kpop yang dijual kat sini. Banyak jugak lah. Pilih pilih~
Selesai ber-camwhore, mari masuk pulak ke Teddy Bear museum. Asalnya macam malas nak masuk sebab..entah, tak berminat. Tapi dah semua orang (adik-adik) masuk, aku layankan aje.

Masuk je entrance terus disambut encik beruang.

Belajar sejarah beruang. Hehe

Enjoice je lah gambar-gambar dalam muzium ni ye anak-anak :






Dai Han Min Guk!

One of Korea famous shows. Tak sempat tengok, tsk

Retarded.

As for me, biasa-biasa je lah Teddy Bear Museum ni. Cumanya benda takde kat tempat kita kan, so layan je lah. Tak lama pun nak habiskan masa kat sini, dalam 40mins dah setel cover satu museum.

Then, baru la keluar berjalan-jalan menikmati keindahan alam. Ewah.


The famous keypad lock tree in Namsan. Boleh beli mendalah ni kat kedai souvenir Namsan Tower , harga dalam KRW8,000 kot kalau tak salah. Aku tak beli pun~


Dah boleh la tu bergerak ke next destination. Boleh tahan rushing.


Dalam pukul 2 kitorang selesai agenda ni Namsan Tower. Demam aku pun dah slow-slow menghilangkan diri sejurus selepas berpeluh panjat naik atas HAHAHAHA

Overall, menarik lah tempatnya. View memang cantik dan orang pun boleh tahan ramai. Kalau datang malam dan kena cuaca yg elok, mesti best! So, plan wisely okay!

Laju-laju menuju destinasi seterusnya..jeng jeng jeng!


Sambung later yek! :D






.

*masa entri ni ditulis, penulis dalam perjalanan untuk bercuti. Ni memang cuti yg bebetul cuti lepas lama sangat "berehat" dari aktiviti berjalan-jalan melihat tempat orang.Dan lagi 2 trips insyaAllah sebelum 1 mega trip of the year..gituuu~ doakan selamat semuanya yek! 







No comments: