Tuesday, September 24, 2013

65 : Pulau Mabul, Sabah.


Holler! Aku baru kembali dari trip gila ke Singapore untuk 3h2m. Sangat gila, nanti lah cerita. I've been wanting to update about Mabul before Singapore trip, malangnya takde pulak kerajinan memunculkan diri. Tskk

Tiket ke Mabul dah lama beli, tak pasti hujung tahun lepas atau awal tahun ni. Return tix +-RM110 kot. Plan asalnya adalah gerak berdua dengan Adila, then Izyan decided utk join kitorang. After a few discussion, kitorang picked Scubajeff untuk pakej ke Mabul. Aku ada mintak quotation dari a few operators dan bila dah compare, aku rasa Scubajeff paling murah kot untuk pakej 3h2m.

Banyak jugak halangan nak ke Mabul ni, tapi dah memang tertulis rezeki nak ke sana. Aku decided untuk ke Mabul sehari sebelum fly. So, agak rush. But it was worth it. 

Flight kitorg pagi pukul 7. So, malam sebelum tu tido rumah Adila dan pepagi buta pegi airport. Parking kereta kat Zone C dengan rate RM16/day. Masa boarding tu hujan renyai-renyai, tapi alhamdulillah semua okay. Memang bantai membuta je sepanjang perjalanan. Flight touched down airport Tawau pukul 10am macam tu.


Cantik jugak airport Tawau ni sebenarnya

Kitorang nak cepat sampai Mabul, so takde la rajin nak ke town cari bas bagai. So, kitorang decided utk mintak Scubajeff arranged transportation dari Tawau ke Semporna. RM100/way, so share 3 orang dapat la dlm RM30+ per pax. Sampai je airport, dah ada orang tunggu dan terus gerak ke Semporna naik Hilux. Perjalanan dari Tawau ke Semporna lebih kurang sejam lebih. Dekat dah nak sampai Semporna, hujan turun selebat-lebatnya. Down gila aku masa tu. Redha je lah.

Sementara tunggu hujan stop, kitorang tunggu kat office Scubajeff. Dekat je dengan jeti, 5 mins jalan kaki. Sampai office tu dalam pukul 11, next boat pukul 2.30pm. Lemau gila jangan cakap lah. Sempat pusing pekan Semporna. Sedih lah tengok, sebab macam tak dijaga dengan elok. Masa ni memang aku dah rasa bersyukur sangat dengan apa yang aku ada without knowing lagi banyak benda yang akan buat aku sedar diri.

Pukul 2.30pm gerak ke jeti dengan sepasang husband and wife. One hour boat ride to Mabul. It was all good, mujur tak muntah macam boat ke Krabi.

Dragon Inn yang femes kat Semporna

Scubajeff Lodge
Check in dan lepak-lepak je la sementara tunggu dinner. Memang tak boleh buat apa sebab penat gila. Dari pagi kot. So, lepak amik angin je lah dekat deck. Oh ya, electricity cuma dari jam 6.00pm sampai 6.00am saja. So, sila lah lepak kat deck je sebab memang best gila!

Almost sunset


Jeti Scubajeff masa air pasang. Boleh je nak terjun tiruk dari sini.



Esok pagi tu siap-siap untuk pegi snorkeling. Kitorang pegi Paradise 2 waktu pagi and Lobster Wall after lunch. If korang nak pegi Kapalai ke, boleh buat add-on kat package korang.

Pagi-pagi akan ada locals datang jual segala ketam lah, udang lah..harga not bad, sila nego. Dah beli tu, boleh upah tukang masak Scubajeff utk masak seafood. Kalau tak salah, RM20/dish.

Amacam, geram kan tengok air tu?

View dari bilik mengadap perkampungan Mabul.

Jeti Scubajeff masa air surut

Dalam pukul 12 tengah hari, air laut akan surut. So, boleh la turun pegi jalan-jalan sampai ke tengah laut kalau nak. Kitorang just turun dekat kawasan jeti dan mengambil gambar retarded yang tak sesuai diletak di sini hehe. Tapi sumpah best. Cuma kena tahan panas je lah. Air pasang balik dalam pukul 1.30 macam tu.


Sejenis mengundang kan?


Bila lepak atas deck, akan ada budak-budak ni yang datang then hulur tangan mintak duit/makanan. Kalau tengah makan kat deck, memang akan rasa sayu sangat bila diorang datang. So, kalau rasa nak sedekah, bawak sekali la keropok ke gula-gula ke untuk diorang ni. But, pls be extra careful. 





Sunset from Scubajeff



Hallway
After dinner malam last tu, kitorang lepak kat deck. Lepak layan angin laut sambil tengok bintang. View yang sangat hebat, sayangnya camera tak boleh capture. Kamera tak canggih kan..krikk krikk

Dalam pukul 10.30pm macam tu kitorang still ada kat deck lagi dok berborak. A few guests dah tido rasanya. Belakang kitorang ada anak-anak guests lain dok lepak layan ipad diorang. Masa ni la kejadian sedikit mistik berlaku. Aku tengah dok bercakap mengadap Adila dengan Izyan, so diorang berdua mengadap aku. Belum sempat habis cakap, tetiba Izyan dengan Adila terus bangun dan ajak masuk bilik. Aku macam hangin jugak, pehal diorang ni? Aku cakap tak habis lagi. Tapi ikut je lah. Masuk bilik, diorang senyap je.  Dan dekat luar, aku dengar budak-budak tadi macam berlari-lari masuk bilik masing-masing. Masa ni aku dapat agak dah. Kitorang decided untuk tak cakap pasal hal ni. Malam tu memang tak boleh tido dan macam-macam bunyi jugak lah aku dengar. Dengan ribut bagai. Wallahualam.

Last day di Mabul. Pagi tu baru diorang buka cerita pasal semalam. Rupanya masa aku dok bercerita tu, diorang nampak something kat belakang aku. Diorang nampak bebola api. Izyan memula nampak benda tu jauh dan dia selamba ingatkan benda tu sejenis kunang-kunang. Then makin dekat sampai lah benda tu katanya kat belakang aku. Sebab tu dia ajak kitorang masuk bilik terus. Dan malam semalam dia overheard yang staff situ sebut pasal penanggal. Ermm..entah lah. Alhamdulillah la takde pape yang teruk berlaku. Memang tempat dia rasanya, so takleh kata apa lah.

Kitorang request bot lambat sikit sebab nak pegi jalan-jalan dulu. Masa first night kat Mabul, aku jumpa sorang kawan sekolah yang kerja kat Sipadan Water Village. Aku dah 7 tahun tak jumpa dia since habis sekolah, so malam tu dia bawak kitorang pegi the other side of the island untuk chill. So, pagi last ni kitorang decided untuk memandai-mandai jalan hehe

Shortcut to the other side of Mabul. The sky was awesome possum!

Only for Borneo Divers guests

Found an old jetty and the sky was beyond amazing.

Jeti goyang yang harus dilalui dari Scubajeff ke pulau.
Bot bertolak dari Scubajeff dalam pukul 2.30pm. Kitorang mintak Scubajeff tolong arranged kan transport ke bandar Tawau since kitorang dah booking hotel satu malam di pekan Tawau. The reason is kitorang taknak rushing dari Mabul straight ke airport, so bermalam lah satu malam kat pekan Tawau. Kitorang stay kat VS Hotel, 2 mins dari stesen bas pekan Tawau. Selesa sangat-sangat, memang lena tido malam tu sebab malam sebelum tu tak boleh tido kan......

Esoknya gerak ke airport dengan prebet sapu RM10/pax ke airport. Flight delayed setengah jam but safely landed kat LCCT dalam jam 5pm.

Mabul is a great place. Sejenis trip yang boleh menyedarkan diri untuk bersyukur dengan apa yang kita ada selama ni. A very good trip with great people. Thank you Adila dengan Izyan sebab I might be a little fussy and annoying dan korang terpaksa bertahan hehe

1 comment:

Khai said...

Ok terus cuak nak tinggal kat situ... uwaaaa.. haha.. tapi memang cantik sangat wow!!