Monday, March 18, 2013

Nombor Empat Puluh Lapan : Kota Kinabalu, Sabah.

*skip dulu cerita Krabi dan Terengganu sebab gambarajah semua dalam laptop kat rumah. hiks.

Dah 24 tahun hidup di tanah Melayu ni, belum sekali aku jejak kepulauan Borneo. Baru berkesempatan, tu pun tiket beli setahun sebelum trip dengan harga RM100 return. Gila lama kena tunggu, bertabah je la yg mampu. Hiks.

Macam biasa, partner aku harus lah si Adila. Takde orang sanggup kot nak travel macam aku dan dengan aku? Harapnya Adila mampu bersabar. HAHA Sepatutnya trip ni secara trio bersama abang Niujilen kita, tapi terdapat halangan yg tak dapat dielakkan, trip ini jadi trip secara berduet. Belasah saja, yakin boleh!

Jumaat dalam pukul 9am, kitorang gerak ke KL Sentral dan dihantar oleh sepupu Adila. Melilau cari bekalan pagi, then naik bas ke LCCT. Bayaran RM8, bas warna kuning. Sejam lebih jugak nak sampai LCCT. Perjalanan alhamdulillah, smooth. Takde jam sana sini. Sampai LCCT around 11 then lepak sat breakfast. Sengaja sampai awal sebab taknak amazing race. HAHA

Bersyukur sangat flight tak delayed, take off around 1.30pm. Disebabkan ketidakhadiran abang Niujilen, makanya kitorang conquer la seat beliau. Adila siap baring. Haha. 2jam flight layan Running Mana saja lah. Heh.


Hiks!
Flight touch down Terminal 2 (utk Air Asia) around 4pm, then proceed ke imigresen. Yezza, untuk yang pertama kali ke KK macam aku, agak terkejut. Hah, takyah bawak passport pun. Just tunjuk IC then nanti orang tu kasik satu slip. Simpan la slip tu memolek sampai nak balik nanti dia claim balik. Tu arrival slip eh? ke bukan? Entah lah. Sort of arrival card macam yang korang dapat utk international flight.

Sampai je aku terus call Man, ejen kereta sewa yg kitorang dah booking sebelum trip. Dan nak dijadikan cerita, DIA TAK JAWAB CALL AKU. Hah, geram betul. Berpuluh kali call tak jawab, padahal dah confirmkan everything kot. Bernanah otak aku masa tu pikir plan rosak habis sebab timing lari. Sempat la tawaf airport cari kereta sewa yang lain, tapi harga kat airport harus lah melampau kan. Sejam lepas tu, baru dapat sms cakap mintak maaf blablabla suruh call agent dia yang lain. Yadayadayada, pukul 6pm baru dapat kereta. Huarghhh! Penat takyah cakap la. Dugaan betul. (kes lambat tu sbb trafik sesak, roadblock merata sebab kes Lahad Datu). Kitorang sewa Saga BLM 1.3 dengan harga RM110/24hours. Boleh checkout Sewabah.

Misi mencari hostel. Mujur ada gps kat phone. Dan gerak hati. Cewah! HAHA Melilau jugak nak cari hostel padahal kat bandar tu jugak. Pusing punya pusing, dalam pukul 8.30 kot baru jumpa. Adila booking Akinabalu Youth Hostel through Agoda.com. Rate dia tak ingat sangat. Review macam okay, so proceed.

Masa check-in, memang dah kagum dah dengan common area dia. Cantik gila lobby. Macam boleh lepak ramai-ramai. Pantry pun cantik. So, 1st impression dah macam best. Masa untuk masuk bilik. Elok je bukak pintu bilik, nampak sorang mat salleh sedang elok terbaring atas katil PAKAI BOXER sambil belek phone dia. Tokojut eden! Bilik tu ada 2 bunk bed and 1 single bed. Bunk bed yang available cuma lah atas katil mat salleh tu. So, aku amik katil single, Adila duduk katil atas. Perasaan? Major awkward. Padahal kitorang dah request kot female dorm. Hish.

Selain itu, bilik agak sempit sebenarnya. Sorang lagi penghuni bilik tu ialah minah salleh. Sempit sebab macam penuh dengan beg diorang dan takde ruang untuk solat. Hish. Cuma senyum-senyum then say hello. Lepas letak beg, kitorang chalo keluar cari dinner. Sambil berfikir option yang ada. Lepas discussion, kitorang decided utk check out dan pegi tempat lain. Nak buat macam mana kan. Lepas call few places, dapat la satu motel ni. RM58/night utk 2 malam, private room. Belasah.

Sebelum tu, singgah dulu the famous Pasar Philippine. Memang sengih je la masuk situ tengok seafood yang bersusun. Chicken wings yang menyeru-nyeru untuk dibeli. Hish. Menarik betul. Kitorang end up beli udang rimau dengan sotong je lah untuk dinner. Total cost dalam RM30 macam tu.




Harap abang Niujilen tak kecik hati. Hiks!


Balik Akinabalu dan check-out. Masa masuk kereta nak gerak ke motel lain, kitorang tersedar folder yang kitorang bawak tu hilang. Dalam folder tu memang la ada boarding pass utk balik nanti dengan few things. Jenuh cari ulang alik naik bilik, geledah kereta apa semua tak jumpa. Sebab penat sangat, kitorang decided nak print baru je lah kat hostel baru nanti.

Check in dalam pukul 10pm kat Green View Motel. The reception was so nice, tolong kitorang print boarding pass apa semua. Masuk bilik, dinner dan mandi. Terus out. Esok nak kena bangun awal! :D


No comments: