Thursday, February 7, 2013

Nombor Empat Puluh Empat : Universal Studio, Singapore

Jangan risau, agak pendek entri ni tak bersiri kalau nak compare dengan entri Bangkok aku yang lepas. HEHE

Kali ni aku follow rombongan office ayah aku, tak ramai pun dalam 18orang. tu pun termasuk aku, mami aku, dgn 3 makcik aku. Hah, memang sorang 2 seats le dalam bas! :D

Tujuan memang nak pegi USS sahaja tanpa sempat explore Singapore. Pegi 3 hari 2 malam, tu pun semalam tido dalam bas. Belasah saja yakin boleh!

Rombongan bertolak dari Juru hari Jumaat malam, diorang pick-up aku kat RnR Jejantas Sungai Buloh. Tenks la kat kakakku berdua, Nurt dgn Nana kerna sudi menemani adikmu tempoh hari yang dulu :*

Naik bas dan membuta, sedar-sedar dah sampai Batu Pahat utk pickup makNdak aku yang join sangat last min. Sambung tido lagi sedar-sedar dah sampai hotel kat JB. Hotel New York okeh! Pegi Singapore tapi tido Hotel New York, boleh lah labu~

Zass zass mandi apa semua breakfast bagai, let's jom to USS!

Masuk Singapore ikut Tambak Johor ke Woodlands.

Tambak Johor, lebih kurang 10am. nampak bulan tu?
 Dalam pukul 1030 dah sampai Woodlands. Ok, di sini bermula cerita yang tak berapa nak best sangat sampai tahap sakit pulak hati aku bila teringat.




Bersusun woi!

Rombongan ni guna tourist guide, so lepak Woodlands kejap tunggu TG kitorang sampai. Entah mende la agensi bodoh tu deal dgn TG kitorang, ada miscommunication ok! Kitorang tunggu kat Woodlands, yang si TG kitorang tunggu kt 2nd Link, tak ke gilaaaaaa? Y_Y

Aku memang dah start hangin-hangin dah time tu sebab dok kejar masa.Orang lain pun dah tak senang duduk tapi diorang mcm tak buat apa pun. Lagi la aku hangin. Aku pun bebel sorang-sorang tapi aku yakin driver bas tu dengar sebab aku dok seat depan.

The driver and co-pilot dia dok telefon sapa entah, then baru bas gerak. Masa ni aku ingatkan dah setel semua benda, dah boleh gerak. Rupanya driver tu dok buat palatau! Benci betul aku! Memang sejam buang masa merayau entah ke mana. Dia main tibai drive je, sikit pun tak cakap dia taktau jalan. Kitorang pulak ingatkan dia tau jalan sebab dia tak cakap apa. Hishh geram aku!





Pastu si driver palatau tu berenti tepi jalan konon suruh amik gambau dengan singa The Merlion tu. Hoih taknak la gileee! Masa tu baru la dia nak bagitau yang dia taktau jalan..hoh! Sakit hati ni dah dekat pukul 12 kot!


Entah macam mana, kitorang dapat contact dengan TG kitorang yang entah apa-apa tu. Gila tak gila la, dia boleh balik rumah lepas tau kitorang lalu Tambak Johor instead of 2nd Link. Memang gila! Lepas few calls, deal nak jumpa kat Singapore Flyer. Penat hoih, rasa nak merempan je dalam bas tu tapi mak aku dah jeling-jeling suruh behave. Mmkay.


Singapore Flyer
 Ya, TG kitorang adalah seorang perempuan tua gila yang kuat berleter. Serius menyampah. Tapi aku malas amik port, janji sampai.

Disebabkan mak ndak aku join last minute, terpaksa beli lagi 1 tiket. Memang last min pun mak ndak join, sehari sebelum baru confirm nak join.


                                          ♥
                           






Masa ni pun TG tu buat perangai cembabi dah. Dia suruh kitorang tunggu kat luar sementara dia pegi amik tiket kat agen dia. Ok, apadehal setakat lepak dulu amik-amik gambar kan? Dekat setengah jam jugak sampai dah bosan amik gambar, baru muncul. Memang rupanya dia pegi amik tiket semata, TAK BELI LAGI PUN TIKET EXTRA TU! Fuhh..memang berasap dah aku masa ni. Masa dia distribute tiket, ayah aku tak dapat. So, ayah aku kena la ikut dia beli tiket. Aku follow jugak. Dah dapat tiket, nak masuk dah ni. Sekali TG tu berleter tepi telinga aku "your driver supposed to have Spore number so that it's easier for him to contact me blablablabla" makanya silap besaqqqq sangat kan dia nagging kat aku yang memang tengah sediakala berasap..aku pun mula nak menjawab kan. "It's not even my problem, I paid to have a good trip, not for you to come and nag next to my ears" Tersenyap dia dan aku pun berlalu pergi.

Tu je lah ceritanya. Pasal rides and attractions dalam USS dah ramai sangat kot yang dah tahu kan, so gambar saja lah. 



Gambau wajib 

Tetiba jadi anak tunggul tunggal sat hikhik



Let's!

Nuyok konon!
Masa ni belum ramai



Ayah, mak Ndak, mak Long, mami dan mak Ngah

Mak ndak saya memang terer feeling tourist

Boipreng cinta mati


Big Bird & Elmo..excited teruk aku masa ni HAHA



Hengsem kan partner saya? Hikhik
The line was crazy! 
Idk why i lol-ed hard when I saw this


Comelnyemmmm~Naik ride ni teman mak sebab kesian mak tunggu aku dengan ayah bergembira

Lebau.

Far Far Away from far

Battlestar Galactica : CHECKED! (lepas ayah paksa teman dia naik HAHA)

Nachos yg bikin melecur lidah

Sebelum masuk Shrek 4D

To the right~ to the right~
Song of The Sea

Lepas senja, gerak pegi tengok Song of The Sea pulak. Layankan je..


Ramai melampau

Add caption

Keramaian manusia


Mungkin akan repeat lagi sebab tak cukup masa cover semua rides, but next time surely akan datang dengan siblings. Tak syok rupanya jadi anak tunggul tunggal ni. Hurmm..



No comments: